Categories
SELANGOR

Selangor cemerlang penyumbang utama KDNK 22.4%

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 21 FEB: Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah 22.4 peratus berdasarkan statistik semasa dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata kecemerlangan Selangor itu diikuti Kuala Lumpur dan Sarawak sementara negeri lain menyumbang tidak melebihi 10 peratus.

yb teng cny“Mengikut perangkaan mutakhir diumumkan Jabatan Perangkaan, Selangor menyumbang 22.4 peratus KDNK negara sementara Kuala Lumpur menyumbang 15.1 peratus dan Sarawak 10.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Selangor di Dataran Petaling Jaya.

Katanya, kecemerlangan itu turut diiringi dengan kejayaan Selangor yang bakal meletakkan diri dalam peta aeroangkasa sedunia dalam tempoh terdekat.

Beliau mengharapkan kedatangan Tahun Baru Monyet Api tahun ini membawa tuah kepada Selangor dalam mengharungi cabaran ekonomi tidak menentu selain meminta rakyat terus memberikan sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.