Categories
NASIONAL

U-Turn isu pekerja asing bukti suara rakyat perlu dizahirkan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 FEB: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing termasuk 1.5 juta pekerja Bangladesh membuktikan bahawa suara rakyat itu penting dan berkesan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Lee Chean Chung, berkata pengambilan pekerja asing secara besar-besaran bermaksud pekerjaan rakyat dirampas, gaji rakyat ditekan dan mungkin bakal mendatangkan pelbagai masalah sosial.

warga asing -sosialKatanya, penangguhan pengambilan pekerja asing ialah pertimbangan politik berikutan kebangkitan rakyat dan lahirnya semakin banyak musuh politik dalam pentadbiran Najib daripada isu 1MDB, RM2.6 juta dan isu menukarkan Menteri Besar negeri Kedah.

“Jika tidak, kerajaan BN tidak mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing sehari selepas menandatangani perjanjian dengan kerajaan Bangladesh untuk membawa masuk pekerja dari negara itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, hal itu juga membuktikan bahawa jika suara rakyat itu lantang dan jika rakyat terus bersuara, pihak pemerintah tidak akan bertindak sewenang-wenangnya.

“Kebergantungan kepada pekerja asing keterlaluan dalam pelbagai sektor terutamanya sektor pembinaan merupakan perkembangan tidak sihat dan perlu diperbetulkan kerajaan.

“Kerajaan juga perlu menyekat syarikat yang bergantung kepada pekerja asing kerana jika mereka dibenarkan mengupah pekerja asing secara besar-besaran dan bukannya pekerja tempatan, ia tidak memberikan sebarang manfaat ekonomi kepada rakyat dan negara,” katanya.

dhakaSebelum ini, media Bangladesh Dhaka Tribune melaporkan tindakan Kerajaan Malaysia membuat pengumuman membekukan pengambilan pekerja asing hanya untuk memenangkan rakyatnya yang menentang pengambilan pekerja asing.

Katanya Kerajaan Malaysia masih mengambil pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam memorandum persefahaman ditandatangani pada 18 Februari lalu.

Laporan itu memetik kenyataan Pemangku Setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Begum Shamsunnahar menganggap pengumuman kerajaan itu sebagai ‘mengarut’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.