Categories
NASIONAL

BN guna dana rakyat biayai PRU-13?

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Barisan Nasional (BN) ternyata menggunakan dana rakyat bagi membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, dana berjumlah RM2 juta didakwa dikeluarkan kementerian kerajaan sebagai geran kepada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) perniagaan India mesra BN.

rafizi-TI-01Katanya, NGO itu juga dalam minit mesyuarat mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan kempen membantu BN memenangi PRU13.

“Presiden persatuan berkenaan juga dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Beliau secara jelas dalam laporan minit mesyuarat mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan pilihan raya sehingga tidak menggunakan dana persatuan diluluskan berjumlah RM300,000 sebelum itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Menjawab perbezaan RM500,000 antara surat dikeluarkan dan minit mesyuarat itu, Rafizi berkata persatuan itu mungkin mendapatnya daripada sumber lain.

Rafizi berkata, pendedahan itu membuktikan derma diterima Najib tidak digunakan untuk kempen pilihan raya sepertimana didakwanya sebelum ini.

“Saya ingin tanya Najib mengapa beliau tidak menggunakan RM2 juta daripada wang diterimanya untuk kempen.

“Mengapa perlu menggunakan dana rakyat sedangkan ia nyata bertentangan dengan undang-undang,” soalnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.