Categories
SELANGOR

FOMCA alu-alukan tarif air Selangor kekal

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 FEB: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengalu-alukan pengumuman pengekalan tarif air di Selangor seperti dimaklumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengumuman itu tepat pada masanya ketika kebimbangan rakyat memuncak sekiranya kenaikan itu bakal berlaku dalam tempoh terdekat.

FOMCA“Kita mengalu-alukannya jika ia benar dilaksanakan. Kita sedia maklum penstrukturan industri air Selangor sudah diselesaikan dan mungkin ada kos yang perlu dibayar bagi menampung perbelanjaan.

“Kita berharap jika ia (tarif) dinaikkan, biarlah pada masa akan datang dan bukannya sekarang,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti dihebohkan.

Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.