Categories
SELANGOR

Program Tuisyen DUN Teratai dapat sambutan menggalakkan

TERATAI 23 FEB: DUN Teratai mengambil inisiatif memulakan Kelas Tuisyen Rakyat bermula 15 Februari lalu sebagai persiapan awal menjelang tahun peperiksaan akan datang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Teratai, Tiew Way Keng, berkata peluang disediakan melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor itu seharusnya diambil semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

PTRSKatanya, DUN Teratai juga menerima permohonan dari murid tingkatan 4, walaupun tempoh menduduki peperiksaan setahun lagi apabila ibu bapa sudah mula menunjukkan minat terhadap program itu.

“Mereka yakin program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak mereka yang menduduki peperiksaan, malah mengurangkan budaya lepak dan membuang masa di kalangan pelajar,” kata Way Keng.

Katanya, memandangkan setiap kawasan diberi kuota seramai 100 pelajar, DUN Teratai meneliti butiran pelajar dengan memberi keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah.

“Dari segi pemilihan tenaga pengajar kualiti penyampaian pembelajaran dan guru dipilih diberi perhatian serta berpengalaman dalam bidang masing-masing,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.