Categories
NASIONAL

Gempa bumi 5.8 richter gegar Christchurch

WELLINGTON 14 FEB: Bandaraya Christchurch di sini digegarkan gempa bumi berkekuatan 5.8 magnitud skala richter awal hari ini dengan sekurang-kurangnya satu bangunan terpaksa dikosongkan.

Bunyi siren kedengaran di sekitar dengan barangan bertaburan pulau selatan negara itu, demikian menurut media tempatan.

Gempa NZGempa berkenaan berlaku menjelang sambutan tahun kelima tragedi gempa 6.3 magnitud melanda Christchurch yang mengorbankan 185 nyawa yang dianggap bencana paling besar di New Zealand.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa terbaru hari ini berukuran 5.8 magnitud pada kedalaman 8 kilometer (km) dan berpusat di 17km di barat bandar raya berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian gempa bumi yang melanda bandar Christchurch, New Zealand, hari ini.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan media hari ini menyebut, pihaknya dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington terus memantau dan memberikan maklumat sewajarnya.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di New Zealand dinasihatkan sentiasa berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan mematuhi arahan serta nasihat keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa di negara berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124409

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.