Categories
NASIONAL

Isu pekerja asing untungkan kroni Umno?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 FEB: Masalah lambakan pekerja asing di negara ini tidak selesai selagi pentadbiran kerajaan masih dikuasai Umno, kata Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Beliau mendakwa, ‘bisnes’ itu memberi keuntungan berbilion ringgit kepada syarikat kroni Umno yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing.

Katanya, keadaan itu menyebabkan Menteri Dalam Negeri ‘bermati-matian mempertahankan kemasukan pekerja asing dengan alasan permintaan majikan.

bangladesh“Benar kata Allahyarham P Ramlee ‘Jual Orang Lagi Untung Dari Jual Minyak’. Setiap pekerja asing dikenendaki membayar lebih RM6,000 kepada agen untuk masuk ke Malaysia.

“Sekurang-kurangnya RM500 untuk agen di negara asal dan RM1,000 untuk agen tempatan, jadi dengan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangaladesh, syarikat kroni akan mendapat 1.5 billion,” katanya dalam paparan di Facebook.

Yaakob berkata, masalah itu sudah dibangkitkan pihaknya semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) lalu susulan pendatang asing mula menguasai sektor perniagaan.

Katanya, pintu masuk Malaysia begitu terbuka seolah tiada kawalan dan beliau menggesa pembatalan lesen terhadap warga asing dilakukan serta merta.

“Kuasa menahan hanya di tangan Imigresen, namun mereka tidak mampu untuk menahan semua hingga menjadikan Malaysia pusat longgokan pendatang asing.

“Saya tidak nampak tindakan serius daripada kerajaan untuk mengawal pekerja asing dan penduduk tempatan menjadi mangsa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.