Categories
SELANGOR

Kembalikan GP Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri dicadang menghidupkan kembali pertandingan memancing Grand Prix (GP) Selangor yang pernah diadakan beberapa tahun lalu demi manfaat pelbagai pihak selain usaha mempopularkan aktiviti memancing dalam kalangan rakyat.

Pengurus Wakjali Event Management, Mat Zali Kasran yakin acara seumpama itu mampu memacu sektor pelancongan, perhotelan dan sosio ekonomi setempat dengan kedatangan ribuan peserta dari dalam dan luar negeri.

image“Lihat sahaja Cabaran Pantai Remis pada 14 Februari lalu, lebih 1,000 peserta dari Selangor dan seluruh negara termasuk 30 penyertaan dari Singapura selain Brunei,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, GP Selangor terdahulu menyenaraikan sembilan pertandingan di semua daerah berjaya menarik penyertaan lebih 14,000 peserta.

“Acara itu sekiranya mendapat kerjasama Kerajaan Negeri dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan, akan mendapat sambutan daripada orang ramai khususnya peserta.

“Dengan penganjuran acara ini ia dapat meningkatkan imej Selangor dan mungkin menjadi ikutan negeri lain,” katanya.

HARISSeorang peserta, Haris Alang, 65, dari Klang, berkata, pertandingan memancing mempunyai pengikut yang ramai dari seluruh negara dan Kerajaan Negeri wajar mempertimbangkan ia dipertandingkan di peringkat negeri.

“Selain penyertaan peserta, ia juga memberi manfaat kepada penduduk tempatan dari segi ekonomi serta memajukan pelancongan tempatan,” katanya.

JAMALPandangan sama turut disokong Jamal Abdul Hamid, 49, dari Kuala Lumpur selain percaya acara itu akan mempopularkan lagi Selangor sebagai destinasi tumpuan Malaysia.

“Dengan kepelbagaian aktiviti diadakan, Selangor akan lebih dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.