Categories
NASIONAL

Menteri BN ‘keliru’ perkara biasa – Izzah

Oleh : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM, 19 FEB : Percanggahan kenyataan membabitkan menteri Umno-Barisan Nasional (BN) bukanlah sesuatu yang baru, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Izzah berata demikian sebagai merujuk kekeliruan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.

Nurul-Izzah“Bercanggah kenyataan dalam kalangan mereka bukan suatu yang baru dan memeranjatkan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, Zahid pada Jun tahun lalu mengumumkan kerajaan akan membawa masuk sejumlah 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.

Bagaimanapun, kenyataan ini dilihat tidak selari selepas Richard menegaskan 1.5 juta itu adalah pekerja yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka.

Tidak terkejut dengan percanggahan tersebut, Izzah sebaliknya mengulangi gesaannya sebelum ini supaya kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada aspek penggajian rakyat tempatan dalam bidang 3D (Dirty, Difficult and Dangerous).

BURUH TEMPATAN“Perancangan kerajaan bagi menaiktaraf kualiti pekerjaan mereka yang bekerja di bawah sektor 3D perlu mendapat pembayaran yang berpatutan dengan tahap penjagaan minima yang memastikan pekerja mendapat hak yang sebenarnya.

“Malah kerajaan juga perlu menitikberatkan soal pelaksanaan gaji RM1,500 sebulan yang masih belum dilunaskan kini,” katanya.

Tambah Izzah, kerajaan juga sewajarnya menjelaskan status program pemutihan 6P dalam usaha membendung lambakan warga asing di negara ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.