Categories
SELANGOR

MAIS bangunkan lima projek pembangunan hartanah wakaf

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membangunkan lima projek hartanah wakaf di Selangor bagi kemaslahatan umat Islam di negeri itu.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata projek terbabit dijalankan menerusi anak syarikat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd (UME), ditubuhkan pada 17 Oktober 2014.

“Amanah dan tanggungjawab membangunkan tanah wakaf bertujuan meningkatkan nilai ekonomi dan pelaburan harta tanah wakaf sedia ada, di samping memjadikan institusi wakaf sebagai instrumen dalam meningkatkan sosio ekonomi umat Islam.

Majlis Pelancaran Wakaf Perumahan oleh MAIS De palma (ASRI) (4)“MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Selangor sememangnya berharap supaya harta tanah wakaf sedia ada dimaksimakan manfaatnya dan ditambah nilai pelaburan seiring dengan tanah kovensional lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Hartanah Wakaf UME bersama PWS di sini, hari ini.

Lima projek terbabit dengan kos perbelanjaan kira-kira RM135 juta adalah UME Teratai Avenue dan UME Ehsan Residence di Shah Alam serta UME Impian Taman Desa Kencana, UME Idaman Taman Desa Kencana dan UME Gemersik, Taman Meru Makmur di Klang.

Projek terbabit perangkumi perumahan dan lot kedai dengan harga berpatutan dan mampu milik berkonsepkan ‘al-ijarah’ dan ‘tawarruq’ pajakan 99 tahun khusus kepada pembeli beragama Islam.

Mohamad Adzib berkata, kejayaan lima projek pembangunan harta tanah dijayakan PWS dan MAIS berjaya menunaikan niat pewakaf dan mengeluarkan hasil manfaat lebih tinggi serta disalurkan kepada lima penerima manfaat.

Katanya, jika melihat kepada keadaan ekonomi di negara kita yang tidak menentu, beliau percaya bahawa setiap produk diperkenalkan masih menjadi satu keperluan dan permintaan masyarakat.

Majlis Pelancaran Wakaf Perumahan oleh MAIS De palma (ASRI) (5)“Ini kerana matlamat pembangunan harta tanah wakaf ini menawarkan harga tawaran di bawah harga pasaran yang mampu dimiliki sesiapa sahaja terutama golongan muda yang belum memiliki rumah idaman.

“Setiap projek juga dibangunkan di kawasan sedang pesat membangun dengan kewujudan banyak kemudahan fasiliti seperti sekolah, hospital, pasar raya pukal, pusat perniagaan dan sebagainya,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkata, PWS dan MAIS diamanahkan menguruskan harta tanah wakaf di Selangor dengan anggaran nilai RM433 juta meliputi 72 unit premis wakaf, 24 bazar wakaf rakyat dan 789 lot tanah.

Katanya, PWS turut menguruskan 96 projek pembangunan wakaf khas yang sebahagiannya dalam proses pengumpulan dana dianggarkan jumlah keseluruhan projek pembangunan wakaf khas sebanyak RM615 juta selain kutipan terkumpul wakaf am daripada masyarakat berjumlah RM25 juta.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.