Categories
SELANGOR

MB dan Exco tidak terlibat anugerah tender balak

OLEH : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 24 FEB: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menegaskan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco tidak terlibat dalam proses pemberian tender balak membabitkan dua projek jajaran talian penghantar elektrik.

Pengarahnya, Dr Mohd Puat Dahalan, berkata ia merujuk kepada kepada jajaran dari Mahkota Cheras ke Mahkota Cheras Hartamas dan dari Bukit Tarek ke Chubadak yang dipertikaikan sebelum ini.

Hutan Selangor1“JPNS ingin mengulangi komitmen jabatan untuk menjamin proses terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan selaras dasar Kerajaan Negeri berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan,” katanya dalam kenyataan media.

Pada masa sama, katanya, penilai permohonan untuk mengeluarkan hasil tanah dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor melantik dua kontraktor bagi mengeluarkan hasil tanah kawasan terlibat.

Katanya, jawatankuasa turut berpuas hati terhadap kerja kontraktor terbabit yang diberikan lesen selama enam bulan bagi melakukan kerja mengeluarkan hasil dari tanah berkenaan.

“Keadaan mutu kerja juga sangat memuaskan serta mematuhi segala syarat ditetapkan tanpa sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat lesen yang dikeluarkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.