Categories
SELANGOR

MDKL naik taraf kemudahan tarik pelancong

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 FEB: Sebanyak RM400,0000 diperuntukkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi menaiktaraf Dataran Banting untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata ia bakal dilengkapi kemudahan sukan ‘wall climbing’ di mana projek itu akan bermula pada April dan dijangka siap Julai 2016.

mohd azhar mohd ali mdkl“MDKL juga menjalankan kerja-kerja menyelenggara taman permainan di Pantai Morib dengan belanja RM40,000 yang siap sepenuhnya pada Januari lalu.

“Sementara itu bagi mengindahkan dan menerangi lagi kawasan Pantai Morib, MDKL membelanjakan lebih daripada RM180,000 bagi kerja-kerja memasang tree light, lampu LED, lampu pesisir pantai dan lampu limpah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tahun ini MDKL bakal menganjurkan beberapa acara menarik seperti Bukit Jugra Trail Run 2016, MDKL Echo Challenge, Jugra International Paragliding Accuracy Championship 2016 dan juga Retromania Grand Gathering 2016.

“Retromania Grand Gathering 2016 adalah acara menghimpunkan peminat motosikal retro atau berjenama keluaran tahun lama seluruh Malaysia.

“Program ini berjaya menghimpunkan 10,000 peminat motorsikal retro dari seluruh dalam dan luar negara.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.