Categories
NASIONAL

Pinda OSA, lindungi rahsia Pak Menteri? – Nurul Izzah

Oleh : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 FEB: Pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) akan terus melindungi pihak berkepentingan yang terlibat dengan pelbagai skandal kewangan dan penyelewengan, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata pelaksanaan tersebut akan menimbulkan keraguan terhadap intergriti dan urus tadbir negara apabila pesalah terus dilindungi sementara pendedah maklumat diancam.

nurul izzah KLSCAH 01“Inilah yang menjadi bahana kepada rakyat apabila unsur kerahsiaan ini terus melindungi golongan korporat dan pihak tertentu sekaligus menimbulkan kerisauan kepada rakyat.

“Ada apa pada OSA sehingga perlu dipinda? Adakah ini sebagai cubaan untuk lindungi rahsia Pak Menteri semata-mata?” soalnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, OSA disalahgunakan dengan mengaitkan beberapa perjanjian mebabitkan syarikat kosensi dan kerajaan Persekutuan yang sehingga kini tidak didedahkan secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merujuk perjanjian konsesi utiliti air dan tol yang dirahsiakan sekaligus terus menekan rakyat.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menafikan kononnya OSA tidak digunakan untuk menutup penyalahgunaan rasuah dan penipuan.

Bahkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan pindaan OSA termasuk meningkatkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pendedah maklumat dan mereka yang melaporkannya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.