Categories
SELANGOR

PKNS FC sasar layak ke saingan elit

SHAH ALAM 12 FEB: PKNS FC menyasarkan memperbaiki kedudukan terbaik liga bagi memastikan untuk layak ke saingan elit bolasepak negara.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd. Jabar, berkata sasaran itu realistik dengan pengalaman Ketua Jurulatih, E Elavarasan serta adunan pemain lama dan baru bagi mengharungi saingan lebih sengit pada musim ini.

“Kami sedar sasaran ini bukanlah satu perkara yang mudah berdasarkan kualiti yang ada pada pencabar-pencabar kejuaraan seperti Johor Darul Takzim II, Sabah, Negeri Sembilan, Perlis dan pasukan-pasukan lain.

PKNS FC“Namun begitu, kami tetap optimis memberikan saingan menerusi adunan beberapa pemain berpengalaman seperti P.Gunalan, M.Sivakumar, Shahrul Azhar Ture serta pemain-pemain yang semakin meningkat naik seperti Khairu Azrin, Nazrin Syamsul dan Alif Haikal” kata beliau dipetik laman sesawang SelangorPKNS FC.

Bagi musim ini, PKNS FC turut menerima kehadiran beberapa muka baru tempatan seperti Remezey Che Ros yang kembali bersama pasukan, Khairul Ramadan, Shakir Ali, Farid Ramli dan beberapa lagi pemain.

Ketiadaan penyerang import sensasi musim lalu, Patrick Ronaldinho Wleh yang dipinjamkan ke Selangor dirasai namun pengurusan pasukan yakin pemain import yang baru, Juan Manuel Cobelli dari Argentina serta pemain kebangsaan Palestin, Matias Jadue mampu mencipta persefahaman baik bersama dua lagi pemain import dikekalkan iaitu Gonzalo Manuel Soto dan Gabriel Miguel Guerra.

“PKNS FC tidak mempunyai pemain berstatus bintang namun saya percaya kemampuan pemain kita ada” kata Zubaidah.

“Apa yang saya lihat berdasarkan persiapan pasukan pada pra-musim, pemain menunjukkan komitmen tinggi, berdisiplin, semangat berpasukan dan yang paling penting mereka bermain untuk menaikkan imej PKNS sendiri” tambahnya lagi.

PKNS FC juga turut mewarnai saingan Piala Presiden dalam usaha melaksanakan program pembangunan bolasepak dan melahirkan bakat-baru.

Malah, pengurusan turut menyediakan pasukan bagi saingan Liga FAS selain menyediakan peruntukan secukupnya untuk Akademi PKNS FC.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.