Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Lebih ramai tokoh dijangka disekat masuk

OLEH : AFIX REDZUAN

AMPANG, 22 FEB: Pimpinan Pakatan menjangkakan tapisan lebih ketat bakal dilakukan bagi menghalang kemasukan beberapa tokoh politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin, berkata beliau secara peribadi melihat peluang untuk dirinya masuk ke Sarawak tipis bagi membantu jentera berkempen.

ZURAIDAH PRN SARAWAK“Berkemungkinan besar kita tidak akan dilepaskan masuk ke Sarawak. Makin dekat pilihan raya, makin ketat (sekatan).

“Kita beranggapan ada lebih ramai tokoh akan ditahan masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang untuknya masuk ke Sarawak di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa.

Selaku Ahli Parlimen Ampang Zuraida berkata, beliau bersama pimpinan wanita sudah menjalankan gerak kerja namun pihaknya berusaha memasuki Sarawak sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada Mac ini.

Selain Zuraida, antara pimpinan KEADILAN yang dilarang masuk ke Sarawak adalah Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan R Sivarasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.