Categories
SELANGOR

Red Giants tumbangkan Seladang

OLEH : AFIX REDZUAN

IPOH, 16 FEB: Selangor mencatatkan kemenangan sulung dalam kempen Liga Super selepas menewaskan Perak, 1-0 di Ipoh.

Beraksi di tempat lawan, The Red Giants membuka tirai jaringan menerusi penyerang Patrick Ronaldinho yang menyempurnakan sepakan penalti seawal minit kelapan selepas pertahanan Perak mengasak Mauro Orivi.

lwn perak 3Perak cuba bangkit dengan beberapa cubaan ke kubu Selangor namun ketangkasan penjaga gol, Norazlan Razali berjaya menafikannya.

Usaha Perak untuk mendapatkan gol penyamaan hampir berhasil di penghujung separuh masa pertama namun jaringan Thiago Junior Aquido dibatalkan kerana offside.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menggandakan serangan dan Selangor hampir menambah jaringan menerusi sepakan percuma Hafiz Kamal namun sepakan beliau dinafikan tiang gol lawan.

Hafiz Kamal meneruskan rentak cemerlang dengan melakukan cubaan terus ke gawang Perak menerusi satu sepakan sudut namun berjaya dikeluarkan pertahanan lawan di atas garisan gol.

Perlawanan berlangsung sedikit tegang selepas penyokong Perak tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan pada minit ke-77.

Namun kedua-dua pasukan berjaya menyerap serangan lawan sehingga penghujung permainan.

 

Keputusan Perlawanan lain:

Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu:
(Kelantan 1-0 PDRM)

Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
(Pulau Pinang 4-1 Pahang)

Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu
(Terengganu FC II 0-2 JDT)

Stadium Darul Aman, Alor Setar
(Kedah 1-0 Terengganu)

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.