Categories
SELANGOR

SELCAT: Program Terjah dan Musnah berjaya tangani denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Program Terjah dan Musnah dilancarkan Kerajaan Negeri pada awal Februari tahun lalu, dianggap berjaya menangani masalah penularan wabak denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata berdasarkan statistik dicatatkan selepas program terbabit dijalankan, ia menunjukkan penurunan memberangsangkan secara berterusan.

“Angka wabak denggi dicatatkan di Petaling Jaya sebelum itu adalah 1,025 dan ia menunjukkan penurunan pada 21 Februari menjadi 883 kes diikuti 28 Februari (736), 7 Mac (778) dan 14 Mac (599) malah ia terus mencatatkan penurunan pada 9 Mei (331).

SELCAT Daroyah“Program ini dilancarkan di Petaling Jaya dengan disertai Menteri Besar dan ia memberikan impak kepada proses pembanterasan wabak denggi,” katanya dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupyaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) di sini, hari ini.

Daroyah berkata, program terbabit diteruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas itu secara berterusan di kawasan masing-masing selain program penerangan dan pendidikan kepada masyarakat.

Katanya, kesedaran masyarakat bagi mengatasi masalah itu adalah penting dan setakat ini usaha terbabit diteruskan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Bagaimanapun SELCAT berpandangan program dijalankan masih tidak memuaskan dan membangkitkan program di peringkat PBT berikutan kes dicatatkan tetap tinggi apabila setakat ini dengan 11,201 kes di seluruh negeri.

Daroyah berkata, program di PBT terus dijalankan dan peruntukan disalurkan berdasarkan keperluan.

Mengenai mesyuarat bersama Menteri Kesihatan di Putrajaya, beliau menjelaskan Exco tidak dijemput bagi menghadirinya dan hanya menghantar wakil ke mesyuarat berkenaan.

“Selepas tiga tahun Exco tidak dijemput dan hanya hantar pegawai. Ada tanya kenapa?,” soal Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.