Categories
NASIONAL

Tiada keperluan haram baju T dan risalah – Maria Chin

SHAH ALAM, 19 FEB : Tiada keperluan pengharaman baju atau risalah mengenai penganjuran Bersih 4 dikuatkuasakan, kata Pengerusi Bersih 4, Maria Chin Abdullah.

Katanya, hak dan prinsip demokrasi negara ini perlu dihormati ke arah pembentukan negara yang lebih baik.

HARAM BAJU BERSIH“Jika anda lihat baju-T itu, apa yang dinyatakannya? Ia tidak menyatakan kami akan menyebabkan kekacauan atau keganasan.

“Kami mahukan mahukan Malaysia yang lebih baik. 5 tuntutan kami yang dicetak di atas baju itu adalah demi Malaysia yang lebih baik,” katanya lapor The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Maria, pada 27 Ogos 2015 berhubung pengharaman baju-t dan risalah Bersih 4.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas meneliti hujah semua pihak sekaligus mengesahkan menteri mempunyai kuasa membuat pengharaman tersebut.

Sementara Peguam Bersih, New Sin Yew berkata, pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Demi kepentingan keadilan, kami pastinya akan merayu keputusan ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.