Categories
SELANGOR

27 warga asing tanpa permit ditahan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MAC: Seramai 27 warga asing tanpa permit ditahan termasuk beberapa pekerja di premis makanan sekitar Subang Jaya bagi membanteras aktiviti itu.

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, tangkapan dilakukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen di USJ 9 dan USJ 10.

MPSJ“Seramai 20 lelaki dan tujuh wanita warga asing antaranya dari negara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, India dan Nepal ditahan dalam serbuan tersebut.

“Operasi itu dijalankan bagi membanteras warga asing yang semakin berleluasa di sekitar Subang Jaya dan premis makanan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan juga diambil kepada pengusaha yang melakukan lain-lain kesalahan dibawah Undang-undang kecil (UKK) MPSJ.

“Enam kompaun dikeluarkan di bawah UKK Perlesenan Establisymen Makanan MPSJ 2007 kepada pengusaha premis makanan.

“Serbuan disertai 48 anggota MPSJ dan lima anggota Imigresen,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.