Categories
SELANGOR

67 dikenakan tindakan tegas gagal patuhi panduan struktur bangunan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MAC: Sebanyak 67 premis dikenakan tindakan tegas oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana gagal mematuhi garis panduan struktur pembinaan bangunan dengan merobohkan pembinaan haram di atas longkang dan menutup laluan umum.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata tindakan diambil dalam Operasi Kerja Perobohan Bagi Binaan Penutup Longkang atau Tambahan Struktur di kawasan berkenaan di Kawasan Komersial MPSJ, Jalan Kenari Bandar Puchong Jaya.

MPSJ“Kita mengambil tindakan hanya selepas tempoh notis sebulan diberikan tamat pada 4 Mac lalu.

“Sebelum itu 90 premis diberikan Notis Pemberitahuan Bangunan namun hanya 23 premis yang telah mengambil langkah tindakan sendiri,” katanya.

Katanya, tindakan diambil mengikut Seksyen 72, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi itu susulan Kempen Longkang Bersih dilaksanakan pada 1 November 2015 dan berakhir 31 Januari lalu bertujuan memastikan keadaan longkang di kawasan itu sentiasa bersih melalui kerjasama premis.

“MPSJ juga melaksanakan pelan penguatkuasaan, pemeriksaan kesihatan, kompaun dan pelan lain secara berterusan jika masih ada pemilik premis yang masih berdegil,” katanya.

Selepas tindakan penguatkuasaan dan undang-undang dilaksanakan, program penambahbaikkan seperti kerja turapan, tambah petak parkir dan menaiktaraf landskap dilakukan di seluruh kawasan komersial.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.