Categories
SELANGOR

Lebih 90 peratus pemohon terima manfaat ‘Bantuan Sihat Selangor’

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 MAC : Lebih 90 peratus pemohon Program Bantuan Sihat Selangor menerima manfaat program itu sejak ia dilaksanakan pada 2009 bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jumlah itu merangkumi pemohonan dari seluruh Selangor meliputi semua bentuk kes bantuan yang termaktub di bawah program berkenaan.

Dr Daroyah“Berdasarkan anggarannya lebih 90 peratus pemohon menerima manfaat bantuan.

“Bagaimanapun selebihnya kemungkinan permohonan ditolak mungkin kerana tidak mengikut syarat atau borang permohonan mereka tidak lengkap dan tidak boleh diproses,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program I-Care, Prihatin dan Penyayang di Dewan Masjid Puncak Alam di sini, semalam.

Skim bantuan itu menetapkan beberapa prasyarat utama kelulusan sebelum bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan.

Antaranya, pemohon mestilah rakyat negeri Selangor dengan pendapatan RM3,000 ke bawah dan tidak terikat dengan sebarang bantuan lain.

Di bawah Bantuan Sihat Selangor, terdapat beberapa jenis bantuan diberikan antaranya Pembedahan Kecil, Katarak Mata, Dialisis Buah Pinggang, Kaki Palsu dan lain-lain permohonan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.