Categories
SELANGOR

Generasi muda perlu ubah persepsi negatif bidang pertanian

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MAC: Lebih 300 belia menyertai Seminar Usahawan Agro Generasi Muda Selangor (AGRO GEMS) anjuran Jawatan Kuasa Permodenan dan Industri Asas Tani Selangor.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan dan Industri Asas Tani, Zaidi Abdul Talib, berkata seminar itu diadakan bagi memperkasakan usahawan tani sedia ada dan melahirkan lebih ramai usahawan di sektor pertanian dari kalangan anak muda.

CP2A3094“Objektif kita untuk menarik lebih ramai minat anak muda dan membuka minda dalam sektor pertanian yang dapat menjana pendapatan lumayan.

“Kerana kita sudah ada testimoni anak muda yang berjaya dalam industri pertanian dan penternakan yang kini dapat mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit disamping membantu meningkatkan sektor pertanian di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Seminar Agro GEMS di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam, di sini hari ini.

Zaidy berkata, masih ramai anak muda yang masih tidak yakin dengan industri pertanian dan hanya bergantung kepada sektor pekerjaan yang semakin kecil.

PERTANIAN“Kefahaman anak muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya tetap tidak mampu menyara diri kerana kos sara hidup tinggi dengan kegawatan ekonomi.

“Melalui usaha Kerajaan Negeri melaksanakan program Agro Gems inilah peserta yang hadir diberi galakan, sokongan dan bantuan bersesuaian khususnya dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan/

“Diharap seminar ini dapat menyuntik semangat anak muda untuk lebih gigih mengembangkan industri pertanian yang masih kekurangan pengeluarannya di negeri ini,” katanya.

Turut hadir Penolong Pengarah Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Selangor, Zurkimin Ahmad, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah, Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Azlisha Ab Aziz.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.