Categories
SELANGOR

Kebajikan rakyat terus diberi perhatian dalam DNS

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Pembangunan dan kebajikan rakyat terus diberi
perhatian Kerajaan Negeri melalui perbahasan dan pembentangan di Dewan
Negeri Selangor (DNS).

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata pelbagai reformasi positif diperkenal dan
dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak 2008 demi memperkukuhkan pentadbiran
dan pembangunan negeri itu.

cenderahati buatan pelarian syria

“Ia diharap dapat memperkukuhkan lagi DUN kali ini dengan memaktubkan
perubahan melalui pindaan peraturan tetap antaranya mengekalkan peranan
pembangkang, peraturan tetap dipinda bahawa Ketua Pembangkang terus
menyandang jawatan Pengerusi PAC secara mandatori.

“Peraturan Tetap berkenaan kedua-dua hal tersebut telah pun dibuat pada Persidangan DUN sebelum ini.

“Selangor juga memperkenalkan portal mengandungi semua enakmen
Kerajaan Negeri bagi memudahkan rakyat mencari bahan perundangan
negeri ini.

“Selain itu, peraturan tetap juga dipinda untuk mewajibkan siaran langsung
bagi setiap persidangan dan pendengaran awal membawa perubahan positif
kepada negeri dah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Makan Malam Sempena Istiadat
Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor
Ketiga Belas 2016 di Grand Ballroom, Concorde Hotel, di sini malam tadi.

Majlis Makan Malam dihadiri DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah Alhaj bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali, barisan
Exco, Ahli Dewan Negeri (ADN), datuk bandar, Yang Dipertua dan Ahli Majlis bagi perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS),
semalam.

Tuanku Sultan juga turut berjumpa dan bersalam dengan ADN Sekinchan, Ng
Suee Lim bagi menyampaikan salam takziah di atas pemergian isterinya pada
27 Februari lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.