Categories
SELANGOR

MB santai bersama petugas media

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengambil kesempatan menyapa petugas media sebelum persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari kedua dimulakan.

IMG_0641Beberapa wartawan mengambil kesempatan bergambar dan ber’selfie’ sambil memberikan maklum balas berkenaan menu sarapan pagi.

Pada masa sama, Mohamed Azmin sempat berseloroh dengan menyebut ‘Smart Breakfast’ sambil disambut dengan gelak tawa petugas media.

DNS dijangka bersidang selama 10 hari bermula 28 Mac hingga 8 April ini.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.