Categories
NASIONAL

Kesihatan Anwar baik, bakal wakili diri di Mahkamah Tinggi esok

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan baik meskipun beliau masih mengalami kesakitan bahu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Anwar kini mengurangkan kebergantungan terhadap ubat memandangkan ia boleh memberikan kesan kepada buah pinggangnya.

BEBAS ANWAR“Baru-baru ini beliau dimasukkan dalam hospital kerana tekanan darahnya tinggi dan ujian tekanan jantungnya ditunda akibat darah tinggi tidak menentu.

“Kini tekanan darahnya dikawal dan ujian tekanan menunjukkan jantung beliau baik.

“Namun bahunya masih sakit dan memerlukan ubat dan beliau cuba untuk tidak mengambilnya dengan banyak bagi mengelakkan kesan sampingan terhadap buah pinggang,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam perkembangan sama beliau menjelaskan Anwar akan mewakili dirinya dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Malaysia United Indian Party (MUIP) Datuk S Nallakaruppan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Prosiding mahkamah dijangka berlangsung selama empat hari sehingga Jumaat.

Terdahulu, Wan Azizah menerima kunjungan hormat Dr Abdul Mawgoud Dardery dari Centre of Egyptian-American Dialogue (CEAD) di pejabatnya di Tingkat 14 Bangunan Parlimen hari ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.