Categories
SELANGOR

Wujud JMB mudahkan pengurusan sampah

OLEH : SYASYA SUFIAN

KAJANG, 21 MAC: Penduduk apartment, pangsapuri, rumah pangsa atau bangunan bertingkat di bawah Akta Hakmilik Strata disaran menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi memudahkan pengurusan sampah.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang, Ean Yong Hian Wah, berkata isu sampah di kawasan kos rendah adalah salah satu pengurusan di bawah tanggungjawab JMB.

alamsekitar 1“Sebab itu masalah longgokan sampah dimerata-rata tidak diselaras dengan betul dan terdapat banyak sampah pukal tidak diuruskan.

“Ini adalah salah satu punca menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya sewaktu lawatan terjah kawasan hotspot denggi di Pangsapuri Kajang Mewah, Sungai Chua, di sini.

Katanya, masalah yang berlaku di beberapa pangsapuri kos rendah adalah disebabkan penduduk tidak dapat menubuhkan JMB atau kekurangan tenaga kerja.

Selain sampah, JMB berperanan menyelesaikan masalah bangunan tidak diselengara, lif rosak dan pengurusan lain.

“Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan memainkan peranan memastikan kawasan itu dapat menyelesaikan pengurusan sampah dengan lancar.

“Penduduk juga perlu terus bekerjasama melaksanakan program gotong royong memandangkan penduduk tidak mempunyai JMB menguruskan hal sampah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.