Categories
SELANGOR

Lima pusat siber haram diserbu

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 MAC: Lima buah pusat siber tidak berlesen melakukan aktiviti judi online diserbu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam operasi di kawasan Jalan TS 6/10, Taman Industri Subang, Subang Jaya baru-baru ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata dalam operasi tersebut MPSJ berjaya menyita sebanyak 103 set peralatan komputer.

MPSJ SERBU“Premis akan dikenakan tindakan penyitaan dan penutupan premis dikenakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK 3) Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen

“Premis juga boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM 1,000,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, MPSJ turut menyita satu unit mesin permainan elektronik di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001) iaitu mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Pengusaha premis akan dikenakan tindakan denda maksimum sebanyak RM 25,000,” katanya

Berdasarkan statistik sebanyak 776 set peralatan komputer yang menjalankan perjudian online disita sejak Januari sehingga Mac 2016.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.