Categories
SELANGOR

MPSJ tingkat perkhidmatan kekal taraf lima bintang

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 23 MAC: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan sentiasa fokus dan meneruskan usaha meningkatkan produktiviti dan prestasi bagi mengekalkan Penarafan lima Bintang diperolehnya sebelum ini.

Ia juga bersesuaian dengan sasaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu ke arah menjadi 30 PBT terbaik di dunia.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Norhisham Ahmad Dahlan, berkata dalam menghadapi cabaran pada tahun ini, MPSJ menuntut komitmen tinggi semua kakitangannya supaya terus komited dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“MPSJ pastinya perlu mendepani tuntutan baru bersesuaian dengan persekitaran serta gaya hidup masyarakat masa kini.

“Inilah cabaran yang perlu ditangani PBT dan perkhidmatan awam iaitu kesediaan untuk mendengar pandangan yang mungkin berbeza, ‘connect with the people’ dan membabitkan ‘stakeholders’ dalam membuat keputusan,” katanya dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPSJ 2015 semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid.

Seramai 125 pegawai dan petugas MPSJ menerima anugerah terbabit daripada Mohd Amin.

Norhisham selanjutnya berkata, MPSJ pada tahun ini tidak terkecuali dalam berhadapan senario ekonomi semasa tidak menentu bagi menguruskan belanjawan tahunannya.

Oleh itu, katanya, pihaknya akan bergerak seiring dengan Kerajaan Negeri dalam pembentukan Pengurusan Strategik dan Pelan Operasi dan Bajet Tahunan (POBT) MPSJ selaras dengan belanjawan Selangor bertemakan “Membangunkan Smart Selangor Yang Peduli”.

MPSJ“Gagasan dan perancangan terkandung dalam belanjawan itu perlu dilaksanakan dengan cekal dan kreatif bagi mengoptimumkan perbelanjaan MPSJ.

“Begitu juga dengan aspek pembangunan, MPSJ bergerak seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri memasuki era ‘Smart State’ le arah pembangunan kekal holistik, inklusif dan manusiawi,” katanya.

MPSJ menerima pengiktirafan Penarafan 5 Bintang sekaligus muncul sebagai PBT paling cemerlang di Selangor dan Malaysia pada 2014.

Panel penilai Sistem Penarafan Bintang (SPB-PBT) dijangka menjalankan kunjungan ke PBT terbabit pada 26 April ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.