Categories
SELANGOR

MB: Sumbang suku KDNK, Putrajaya perlu adil agih hasil

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 15 MAC : Kejayaan Selangor menjadi penyumbang satu perempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak sewajarnya dinafikan Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sebaiknya mengagihkan hasil dan kekayaan negara melalui peruntukan adil dan saksama buat rakyat negeri ini.

putrajaya (1)“Kita minta Persekutuan mempertahankan prinsip federalisme dengan menghormati sumbangan besar Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kita menyumbang satu perempat daripada KDNK negara dan sudah tentu kita mengharapkan ada pengagihan hasil dan kekayaan lebih adil dan saksama kepada Kerajaan Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan kepada keluarga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Yahya Sahri di Taman Samudera Batu Caves, semalam.

Azmin-MB300Pertumbuhan ekonomi Selangor dilihat semakin berkembang dengan peningkatan nilai pelaburan bagi tempoh 2015.

Bahkan kata Mohamed Azmin, perolehan itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara untuk tempoh jangka panjang.

Pelaburan Selangor sebelum ini mencatatkan peningkatan pelaburannya, RM7.96 bilion bagi 2015 berbanding tahun sebelumnya, RM7.04 bilion.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.