Categories
NASIONAL

Kawal kemasukan pekerja asing elak rakyat tempatan merana

OLEH : AFIX REDZUAN

BANGI, 15 MAC: Kerajaan Persekutuan perlu mengawal kemasukan pekerja asing bagi mengelakkan lebih banyak mengundang masalah sosial serta peningkatan kos sara hidup rakyat.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohamad Nadzri Mohamed Noor, berkata negara perlu belajar kesan pekerja asing di Singapura sehingga meningkatkan harga hartanah di negara itu.

Foreign workers stand in line to take a bus that will transport them to where they live at the end of their shift at a construction site in Dubai on April 16, 2008. Emarati officials warned during a two-day conference on National Identity held in Abu Dhabi of the dangers of social instability created by large foreign minorities. AFP PHOTO/KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

“Singapura mempunyai enam juta rakyat tempatan dan dua juta rakyat luar. Harga sewa rumah meningkat serta harga hartanah dan sewa bangunan.

“Keadaan itu mengakibatkan rakyat tempatan sukar untuk menyewa premis perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum Pekerja Asing: Keperluan atau Permintaan anjuran Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) semalam.

Mohamad Nadzri berkata, penamatan kemasukan pekerja asing serta merta adalah permainan politik dan ia tidak mustahil dibuka semula sekiranya ada permintaan kelak.

Katanya, negara tidak mempunyai modul khusus dan undang-undang ketat dalam soal pekerja asing serta mengamalkan dasar terbuka berbanding Jepun yang mendahulukan rakyat tempatan bagi memenuhi kekosongan industri.

“Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan imbangan dalam semua sektor dengan mengutamakan rakyat tempatan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.