Categories
SELANGOR

MBPJ laksana Pelan Induk Keselamatan 2015-2020

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 17 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) giat mengurangkan kes jenayah di kawasan itu menerusi penubuhan Pelan Induk Keselamatan 2015-2020, kata Datuk Bandar Mohd Azizi Mohd Zain.

Katanya, ia tidak terhad kepada usaha menangani ancaman jenayah sahaja, sebaliknya sebagai dorongan ke arah mewujudkan bandar raya lebih makmur dan selamat.

“Kita mengambil kira aspek keselamatan persekitaran di kawasan kejiranan, kawasan lapang, rekreasi, keselamatan infrastruktur, keselamatan siber dan digital serta isu berkenaan kesihatan dan wabak penyakit.

IMG_7409“Pelan ini akan menjadi inisiatif ke arah menyokong dasar Kerajaan Negeri mewujudkan wilayah bandar makmur yang mementingkan aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya, 2015-2020 dan penyampaian sumbangan pasukan keselamatan kejiranan Petaling Jaya PKKPJ2016, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian.

Statistik kadar jenayah mencatatkan Petaling Jaya adalah antara bandar raya paling tinggi mencatatkan kes itu.

Justeru, Mohd Azizi berkata, pelan keselamatan itu diharap mampu mengurangkan kadar jenayah daripada berlaku sekali gus keberkesanannya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.