Categories
SELANGOR

Petaling Jaya capai 99 peratus bandar mampan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 17 MAC: Tahap kemampanan bandar 99 peratus berjaya dicapai Petaling Jaya melalui keputusan Pengukuran Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNInets) bagi tempoh 2014.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, berkata penilaian itu dibuat berdasarkan komitmennya meneruskan imej dan urustadbir berkesan bagi mengekalkan persekitaran bandar harmoni dan sejahtera.

IMG_1181“MBPJ berjaya mencapai tahap kemampanan bandar sebanyak 99 peratus, tetapi kita masih kekurangan satu peratus dalam aspek keselamatan.

“Justeru, tindakan keselamatan digubal bagi menentukan hala tuju perancangan dan pelaksanaan program ke arah menangani isu keselamatan ini.

“Satu pendekatan secara holisitik perlu diambil dengan mewujudkan pelan induk keselamatan secara berintergrasi dan memberi perhatian kepada perspektif yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya, 2015-2020 dan penyampaian sumbangan pasukan keselamatan kejiranan Petaling Jaya PKKPJ2016, semalam.

IMG_7736Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian.

MBPJ sebelum ini turut mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan apabila menerima penganugerahan pihak berkuasa tempatan (PBT) Cemerlang Program Bandar Selamat, Anugerah Bandar Mampan 2014.

Petaling Jaya turut diiktiraf menerusi Pencapaian Konsisten Status Bandar Mampan sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2015.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.