Categories
SELANGOR

Menjunjung kasih titah Sultan, komited julang pendidikan rakyat

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan pelajar keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapat pendidikan sempurna di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL).

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kejayaan menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua lapisan rakyat mampu melahirkan modal insan cemerlang untuk negeri dan negara.

DNS 2016“Bagi Kerajaan Negeri saya menjunjung kasih ke atas titah ucapan Tuanku yang cukup menyeluruh menyentuh pelbagai aspek pembangunan dan kehidupan rakyat.

“Khususnya usaha menjayakan gagasan Smart Selangor dan juga isu pendidikan kerana seperti dititahkan Tuanku rakyat Selangor ini bukan sahaja harus diberikan pendidikan berkualiti tetapi mempunyai akses kepada peluang pendidikan berkualiti.

“Maka Kerajaan Negeri memberikan tumpuan bukan sekadar menyediakan peruntukan membangunkan kemudahan dan infrastruktur di KUIS dan UNISEL tetapi kita mahu kualiti pendidikan itu terjamin dan peluang anak kita khususnya berpendapatan rendah dan sederhana dapat menguasai ilmu,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika mengulas Titah Ucapan Perasmian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke 13, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin turut menyifatkan titah ucapan Baginda Sultan sebagai ucapan yang sangat komprehensif apabila menyentuh pelbagai aspek.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah ucapannya, menitahkan supaya Kerajaan Negeri menjadikan pendidikan sebagai sumber menggerakkan masyarakat berdaya saing dengan menganggap perbelanjaan dalam sektor ini sebagai satu pelaburan sumber daya manusia dan tanggungjawab moral.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.