Categories
SELANGOR

MPK tubuh Unit Integriti perkemas perkhidmatan perbandaran

OLEH : NORHAYATI UMOR

KLANG, 23 MAC: Penubuhan Unit Integriti penting bagi memastikan setiap kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan kerja dengan lebih beretika dan berkesan dalam usaha menuju status pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di negara ini.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata kewujudan unit itu juga dapat memastikan kakitangan MPK berupaya melaksanakan budaya kerja berkualiti, sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PBT dalam menyelesaikan isu-isu perbandaran.

MPK UNIT INTEGRITI“Penubuhan itu juga sebagai inisiatif MPK dalam membendung salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

“Unit berkenaan bertanggungjawab melaksanakan fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatatertib,” katanya pada Majlis Pelancaran Saluran Aduan Integriti MPK.

Yasid berkata, menerusi unit itu orang awam boleh menyalurkan maklumat sebarang salah laku yang berkaitan seterusnya menggalakkan pembudayaan kerja berintegriti di MPK.

Orang awam boleh menyalurkan aduan melalui email di [email protected] atau hadir sendiri ke Unit Integriti MPK serta boleh hubungi talian 03-33755555 untuk aduan berkaitan integriti.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.