Categories
SELANGOR

MPSJ bangunkan hutan bandar demi lestari alam

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MAC: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal membangunkan Taman Rekreasi Hutan Bandar MPSJ berkonsepkan Hutan Bandar selaras ‘Wishlist Green City 2030’ dalam usaha membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau MPSJ 2030

Menurut Kenyataan MPSJ, Majlis Upacara Pecah Tanah bagi melancarkan Taman Rekreasi Hutan Bandar MPSJ bakal diadakan bertempat di USJ 3C, Persiaran Setia, 47610, Subang Jaya pada 19 Mac ini.

MPSJProjek itu merupakan Projek Hutan Bandar pertama di kawasan Subang Jaya yang dilaksanakan melalui pemuliharaan kawasan hutan belukar sedia ada dengan keluasan sebesar 7.86 ekar untuk dimanfaatkan oleh penduduk setempat dan seluruh komuniti di bawah pentadbiran MPSJ.

Projek Pembangunan Taman Rekreasi Hutan Bandar itu juga, menyediakan landskap lembut yang mempunyai pelbagai kategori pokok hutan tropika.

Pemilihan pokok itu bersesuaian konsep dan iklim negara antaranya pokok digunakan adalah Pokok Terapi, Tumbuhan Herba dan Pokok Hutan.

Rancangan pembangunan keseluruhan taman rekreasi itu dijangka siap pada penghujung September 2016.

Taman Rekreasi Hutan Bandar itu juga, dapat dimanfaatkan sebagai ‘Intergrated Playground Centre’ kerana bakal menyediakan kemudahan yang komprehensif untuk komuniti.

Antara kemudahan seperti trek bersukan, walk board, taman hutan, open lawn, mountain bike trail, taman permainan kanak-kanak, gimnasium aktiviti luar dan lain-lain lagi kemudahan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.