Categories
SELANGOR

Pameran Smart Selangor langkah awal wujud ‘smart solution’

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Penganjuran Pameran Smart Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri mengangkat gagasan Smart Selangor untuk jangka masa panjang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pameran julung kali itu melibatkan beberapa pihak mempamerkan pelbagai produk dan aplikasi berteraskan teknologi ‘internet of things’.

MB SMART SELANGOR 1“Kita sudah mulakan inisiatif dengan mengenal pasti beberapa keutamaan wujudkan ‘smart solution’ untuk isu kesesakan, pengutipan sampah dan jenayah.

“Tetapi sebelum itu, kita perlu mendapatkan maklum balas rakyat tentang keperluan dan keutamaan mereka dan mencari solusi untuk menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan sekitar pameran berkenaan di Bangunan SUK di sini, hari ini.

Antara yang terlibat dalam pameran kali ini termasuk Redtone International Berhad, ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd, Spatial Works Sdn Bhd, Frost & Sullivan Perunding Strategi Sdn Bhd, Celcom Axiata Berhad, Millenium Radius Sdn Bhd dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council(SITEC), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Katanya, penyelesaian sesuatu isu berpotensi besar diselesaikan secara lebih cekap dan cepat menerusi penggunaan aplikasi alat telekomunikasi pintar.

MB SMART SELANGOR“Sebagai contoh, aduan sampah tak dikutip, rakyat boleh hantar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan applikasi tersedia.

“Selepas selesai, PBT akan berhubung semula dan maklumkan masalah dah selesai,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.