Categories
SELANGOR

Pameran Smart Selangor dedah inisiatif pintar

SHAH ALAM – Pelbagai produk dan aplikasi berteras teknologi pintar dipamerkan dalam Pameran Smart Selangor anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di ruang legar bangunan SUK, di sini, bermula 1 Ogos dan berakhir hari ini.

Pameran selama tiga hari itu mempamerkan sistem yang canggih ke arah persediaan Selangor menjadi ‘Smart State’ yang pertama di Malaysia, bahkan pangajuran itu membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri mengangkat gagasan Smart Selangor ke arah inovatif dan berdaya saing.

Ia adalah penganjuran kali kedua sempena Mesyuarat Persidangan Dewan Negeri Selangor selepas pertama kali diadakan di lokasi sama, pada 30 Mac hingga 1 April lalu.

Inisiatif itu juga dilaksanakan bagi membolehkan semua Ahli Dewan Negeri memperoleh maklumat lebih jelas berhubung hala tuju dan pembangunan produk berkonsepkan Smart Selangor.

SMART SELANGORAntara yang terlibat dalam pameran itu adalah empat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Sepang yang memperlihatkan inisiatif pintar yang giat dibangunkan.

Selain itu, MBI, Universiti Selangor, Celcom dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) turut mempamerkan produk masing-masing sempena pameran berkenaan.

-nR-

Pameran Smart Selangor langkah awal ‘smart solution’

Penganjuran Pameran Smart Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri mengangkat gagasan Smart Selangor untuk jangka masa panjang.

Categories
SELANGOR

Pameran Smart Selangor langkah awal wujud ‘smart solution’

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Penganjuran Pameran Smart Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri mengangkat gagasan Smart Selangor untuk jangka masa panjang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pameran julung kali itu melibatkan beberapa pihak mempamerkan pelbagai produk dan aplikasi berteraskan teknologi ‘internet of things’.

MB SMART SELANGOR 1“Kita sudah mulakan inisiatif dengan mengenal pasti beberapa keutamaan wujudkan ‘smart solution’ untuk isu kesesakan, pengutipan sampah dan jenayah.

“Tetapi sebelum itu, kita perlu mendapatkan maklum balas rakyat tentang keperluan dan keutamaan mereka dan mencari solusi untuk menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan sekitar pameran berkenaan di Bangunan SUK di sini, hari ini.

Antara yang terlibat dalam pameran kali ini termasuk Redtone International Berhad, ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd, Spatial Works Sdn Bhd, Frost & Sullivan Perunding Strategi Sdn Bhd, Celcom Axiata Berhad, Millenium Radius Sdn Bhd dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council(SITEC), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Katanya, penyelesaian sesuatu isu berpotensi besar diselesaikan secara lebih cekap dan cepat menerusi penggunaan aplikasi alat telekomunikasi pintar.

MB SMART SELANGOR“Sebagai contoh, aduan sampah tak dikutip, rakyat boleh hantar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan applikasi tersedia.

“Selepas selesai, PBT akan berhubung semula dan maklumkan masalah dah selesai,” katanya.

-nR-