Categories
SELANGOR

PEKAWANIS santuni penduduk Pulau Ketam

OLEH : NORHAYATI UMOR

PULAU KETAM, 4 MAC: Seramai 300 penduduk Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan golongan kurang berkemampuan di sini menerima angpow dan sumbangan barangan keperluan asas sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Ia disumbangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

perkawanis 2Sumbangan disampaikan oleh Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin dalam majlis di Dewan Orang Ramai, Pulau Ketam.

Shamshida berkata sambutan itu diadakan supaya masyarakat Cina di pulau itu tidak terpinggir dengan pembangunan mahupun sambutan yang diraikan oleh Kerajaan Negeri.

“Walaupun sudah sampai penghujung perayaan tetapi belum terlewat untuk kita sambut. PEKAWANIS sentiasa prihatin dengan rakyat tidak mengira kaum dan agama.

“Kita juga meraikan perayaan kaum lain. Kita juga sentiasa membantu dan menyokong ibu-ibu tunggal, warga emas, golongan kurang berkemampuan dan sebagainya,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui.

Beliau berharap dengan sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu keperluan penduduk Pulau Ketam.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Kapar, G.Manivanan; ADN Pendamaran, Eric Tan dan ADN Seri Serdang, Norhanim Ismail.

Selain sumbangan, rombongan turut berkesempatan menyantuni penduduk yang sakit selain melawat kawasan sekitar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.