Categories
SUKANKINI

Empat pelumba teratas Cub Prix uji Yamaha R6

SHAH ALAM, 6 DIS: Empat pelumba teratas CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berpeluang menguji jentera Yamaha R6 ketika sesi ujian tayar rasmi Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand berakhir semalam.

Kasma Danial Kasmayuddin bersama juara CP150 2018, Ahmad Afif Amran serta Mohd Hafiz Nor Azman dan Mohd Akid Aziz, bersaing dengan aksi terbaik bagi mengisi dua slot pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia ke kategori SuperSports 600cc ARRC untuk musim 2019.

Kelebihan beraksi musim penuh kelas 600cc musim ini memberi kelebihan kepada Kasma apabila muncul pelumba terpantas di antara keempat pelumba dengan catatan 1’40.011s namun ketinggalan kepada pelumba terpantas sepanjang dua hari sesi ujian, Peerapong Boonlert (1’38.834s).

Mohd Hafiz sebelum ini berpengalaman menunggang Honda, mempamerkan prestasi memberangsangkan meskipun pertama kali menguji jentera Yamaha R6 apabila mencatat masa kedua terpantas di belakang Kasma dengan masa terbaik 1’40.614s.

“Ini aksi pertama saya menggunakan jentera R6, jadi tumpuan utama bukan untuk mendapatkan masa terbaik sebaliknya menggunakan peluang mendapatkan lebih masa dan keserasian dengan jentera,” kata Hafiz yang melakukan 92 pusingan sepanjang dua hari sesi ujian.

Ahmad Afif yang pernah beraksi dalam kelas 600cc pada 2015 sebelum beraksi dalam Asia Production 250cc, ketiga terpantas (1’41.453s) manakala juara Underbone 150cc dan CP115 2017, Md Akid Aziz dilihat masih belum mendapatkan keserasian bersama jentera dengan catatan terbaik 1’42.986s.

Categories
SUKANKINI

ARRC 2019 lebih meriah dengan Kelas Asia SuperBike

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 NOV: Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dijangka berlangsung lebih meriah dengan pengenalan kelas ASB1000cc dan pertambahan kepada tujuh pusingan perlumbaan untuk musim 2019.

Dengan adanya perlumbaan kelas ASB1000cc (Asia Superbike), ia menjadikan kejuaraan ARRC meningkat dari tiga kepada empat termasuk kelas sedia ada iaitu SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc selain mengekalkan format dua perlumbaan akhir digunakan sejak 2000.

Kejuaraan ARRC 2019 juga bertambah kepada tujuh pusingan dengan pengenalan litar baharu, Litar Antarabangsa Korea.

Saingan musim depan akan membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, 5 dan 6 Mac tahun depan.

Pusingan 1 bermula di litar sama pada 8 hingga 10 Mac diikuti Pusingan 2 di Litar Bend Motorsport Park, Australia (25 – 28 April) dan Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, (31 Mei – 2 Jun).

Ia bersambung pada Pusingan 4 di Litar Suzuka, Jepun (28 0 30 Jun), Pusingan 5 di Litar Antarabangsa Korea, Korea Selatan (9 – 11 Ogos) dan Pusingan 6 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia (19 – 22 September).

Kejuaraan ARRC musim 2019 menutup tirai di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada 29 November hingga 1 Disember.

Categories
SUKANKINI

ARRC: Azlan fokus raih kemenangan berganda di Indonesia

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 OKT: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman tidak menghiraukan kontroversi melanda Anthony West sebaliknya fokus meraih kemenangan pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 12 hingga 14 Oktober ini.

Ini berikutan isu kontroversi membabitkan pencabar utama SuperSports 600cc dari Australia itu yang digantung Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIM) berkaitan isu ujian dadah yang menjejaskan aksi pendahulu keseluruhan itu, pada minggu ini.

Azlan berkata, beliau ada membaca mengenai isu itu, namun tidak dapat dipastikan sejauh mana penggantungan ke atas pelumba itu akan mula berkuatkuasa.

“Saya tidak pasti sama ada dia (West) beraksi atau tidak kerana tiada berita khusus mengenainya terutama bila hukuman itu mula dilaksana ataupun masih perlu menunggu ujian berikutnya sebelum segalanya dikuatkuasa.

“Lagipun, jika benar dia digantung dan tidak boleh beraksi, saya tidak pasti adakah hukuman diteriman menjejaskan jumlah kutipan mata dipungutnya ketika ini.

“Apa yang penting, minggu ini saya fokus kepada perlumbaan dan cuba memenangi kedua-dua perlumbaan,” kata pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.

Beliau berkata, perlumbaan minggu ini penting kepadanya kerana ia adalah peluang terbaik untuk merapatkan jurang pungutan mata ketika ini.

Selain mendapat sokongan penyokong di Malaysia, katanya, sokongan penyokong tuan rumah kepada pasukan itu juga pasti meningkatkan semangatnya untuk memenangi perlumbaan minggu ini.

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan buru kemenangan pertama

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Mohd Zaqhwan Zaidi berhasrat menamatkan kemarau gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi pada pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 12 hingga 14 Oktober ini.

Zaqhwan berkata, beliau sangat berharap dapat memenangi perlumbaan minggu ini namun rekodnya di litar itu tidak begitu baik di mana pada musim lalu sekadar menduduki tempat keempat pada perlumbaan kedua sebelum mengalami kemalangan dan tidak dapat beraksi pada Perlumbaan 2.

“Saingan sudah tentu bukannya mudah, ditambah dengan kehadiran pelumba tuan rumah dan juga faktor keadaan litar agak mencabar di sini.

“Bagaimanapun, saya akan memberikan yang terbaik dan turut yakin kemampuan jurutera pasukan untuk menyediakan jentera terbaik kepada saya,” katanya.

Selepas empat pusingan, Zaqhwan yang turut beraksi dalam saingan 1000cc di Kejuaraan Seluruh Jepun kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan mengumpul 65 mata selepas tidak beraksi pada pusingan kedua di Australia.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu iaitu juara keseluruhan musim 2014 dan 2016 setakat ini masih belum meraih sebarang gelaran juara sepanjang empat pusingan lalu dengan pencapaian terbaik muncul naib juara pada pusingan keempat berlangsung di Madras, India, Ogos lalu.

Kali terakhir Zaqhwan muncul juara ialah pada Perlumbaan 1 sewaktu pusingan keenam ARRC di Litar Buriram, Thailand yang membantunya untuk bergelar naib juara keseluruhan di belakang seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

Categories
SELANGOR

ARRC: Zaqhwan terlepas podium, sekadar keempat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 OGOS: Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas peluang menaiki podium apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam saingan SuperSports 600 pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, India, semalam.

Manakala pelumba Australia, Anthony West terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan kedua apabila menamatkan 16 pusingan perlumbaan bersendirian ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 27’10.157s.

Selepas muncul juara dalam Perlumbaan 1, semalam, West sekali lagi menguasai perlumbaan dengan meninggalkan Tomoyoshi Koyama (Musashi Boon Siew Honda Racing) untuk naib juara dengan masa 27’17.240s diikuti Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) ketiga (27’17.568s).

Zaqhwan bermula dari petak ketiga terpaksa berpuas hati di tempat keempat sekalipun seringkali berada di kedudukan podium ketika bersaing sengit bersama Koyama dan Haida, namun akur dipintas kedua pelumba itu pada penghujung perlumbaan serta melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 2718.209s.

“Saya agak kecewa dengan prestasi hari ini kerana pada satu ketika sudah berada di kedudukan podium namun adat perlumbaan, sebarang kesilapan boleh membawa kekecewaan.

“Saya sudah mencuba yang terbaik dan turut berterima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras pada minggu ini.

“Kami akan cuba membuat lebih baik di Indonesia selepas ini,” kata Zaqhwan.

Dua kemenangan di India meletakkan West terus menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 136 mata sementara seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima naik ke tangga kedua (85 mata).

Pelumba Jepun, Yuki Ito yang terjatuh pada selekoh terakhir perlumbaan ketika sedang berada di kedudukan keempat turun ke tangga ketiga (76 mata).

Sementara itu, Ahmad Fazli Sham menamatkan saingan dengan cemerlang apabila berjaya meraih gelaran berganda setelah muncul juara Perlumbaan 2 Underbone 150cc dengan masa keseluruhan 18’59.247s.

Mengekori di belakang pelumba ONEXOX TKKR Racing itu ialah Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18’59.355s manakala rakan sepasukan Helmi, Travis Hall berjaya meletakkan nama selaku pelumba Australia pertama menjejakkan kaki di podium dalam kelas sama dengan penamat di tempat ketiga.

Dua gelaran naib juara di India membantu Helmi untuk terus menjarakkan diri selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 134 mata manakala Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) kekal di tangga kedua (111 mata) sementara Fazli melonjak ke tangga ketiga (88 mata).

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2

SUPERSPORTS 600CC

1 AnthonyWest (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 27:10.157s
2 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:17.240s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:17.568s
4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:18.209s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing Kawasaki 27:21.189s

Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata
2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 85 mata
3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 76 mata
4 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda 66 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 65 mata

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 22:00.544s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 22:00.686s
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 22:00.830s
4 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.155s
5 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 22:01.691s

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 108 mata
4 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 84 mata
5 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 78 mata

UNDERBONE 150CC
1 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 18:59.247s
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 18:59.355s
3 Travis Hall (AUS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:03.008s
4 Md Adib Rosley (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 19:15.249s
5 Md Aiman Azman (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 19:20.504s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 134 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 111 mata
3 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 88 mata
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 81 mata
5 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan naib juara di India

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi muncul naib juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, semalam.

Meskipun gagal menepati sasaran, pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu tetap berpuas hati apabila bermula dari petak ketiga.

Zaqhwan menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 27’35.304s di belakang juara juga pendahulu keseluruhan, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) dengan masa 27’5.304s.

Tempat ketiga, Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) dengan masa 27’36.885s.

“Perlumbaan ini sangat sukar terutama faktor cuaca berubah-ubah dan selain itu, saya juga bermula agak perlahan serta sedikit ketinggalan pada awal perlumbaan.

“Saya cuba mengejar dan memberikan saingan kepada West pada penghujung perlumbaan namun disebabkan jurang agak jauh menyebabkan saya gagal mendekatinya,” katanya yang akan mencuba lebih baik pada perlumbaan hari ini.

Gelaran juara meletakkan West selesa menerajui kedudukan keseluruhan dengan 111 mata diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) kedua (76 mata) manakala Azlan Shah Kamaruddin, ketiga (74 mata).

Dalam saingan Underbone 150cc, Ahmad Fazli Sham meraih kemenangan pertamanya bersama ONEXOX TKKR Racing setelah menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’02.205s mengatasi rakan senegara, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) di tempat kedua (19’02.460s) manakala ketiga, Peerapong Luiboonpeng (Team One For All), 19’02.502s.

Gelaran naib juara memastikan Helmi terus mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 114 mata manakala Md Izzat Zaidi, kedua (101 mata).

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1

SUPERSPORTS 600

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Yamaha Racing 27:35.304s
2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:35.629s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:36.885s
4 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 27:37.007s
5 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:37.724s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 111 mata
2 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 76 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata
4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata
5 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 56 mata

ASIA PRODUCTION 250

1 Rheza Danica Ahren ( INA) Astra Honda Racing Team 21:53.4
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 21:53.5
3 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.9
4 Rafid Topan Sucipipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 22:04.5
5 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 22:05.3

Kedudukan Keseluruhan

1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata
4 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 63 mata
5 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata

UNDERBONE 150

1 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing 19:02.205s
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:02.460s
3 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 19:02.502s
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:02.673s
5 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 19:02.691s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 114 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 101 mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 72 mata
4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata
5 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 63 mata

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terpantas, Azroy cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OGOS: Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi menguasai sesi latihan bebas SuperSports 600cc pada hari pertama Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan catatan masa terpantas 1’41.306s di Litar Lumba Motor Madras, India, hari ini.

Catatan terbaik pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengatasi catatan pelumba Australia, Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing) iaitu pendahulu keseluruhan dengan masa terbaik, 1’41.388.

Pelumba muda negara yang juga rakan sepasukan Zaqhwan, Azroy Hakeem Anuar beraksi cemerlang apabila muncul pelumba ketiga terpantas (1’41.677s).

Manakala, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman mencatat masa ketujuh terpantas (1’41.910s).

“Walaupun masih kepenatan, namun fizikal dan mental saya berada di tahap terbaik setelah pencapaian cemerlang sewaktu saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8-Hour di Jepun minggu lalu dan momentum itu diteruskan di sini.

“Dari segi jentera, semuanya pada tahap terbaik namun masih boleh dipertingkatkan memandangkan saya masih belum dapat memecah rekod catatan terbaik musim lalu.

“Saya berharap dapat melakukannya esok pada sesi kelayakan dan seterusnya dapat memulakan perlumbaan dari barisan depan,” kata Zaqhwan.

Kategori Asia Production 250cc dikuasai pelumba Indonesia, Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) dengan catatan terbaik 1’48.030s diikuti Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM), 1’48.252s dan rakan sepasukan Rheza, Mario Suryo Aji, ketiga (1’48.775s).

Hafiz Nor Azman (CKJ Yamaha Racing Team) muncul pelumba terbaik negara dengan catatan 1’50.070s.

Keputusan Sesi Latihan Bebas

SuperSports 600cc

1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1’41.306s

2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 1’41.388s

3 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1’41.677s

4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1’41.828s

5 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India 1’41.838s

6 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1’41.858s

7 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1’41.910s

Asia Production 250cc

1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1’48.030s

2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1’48.252s

3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1’48.775s

4 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 1’48.853s

5 Andy Muhammad Fadi (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1’49.510s

Categories
SUKANKINI

ARRC: Ramdan raih podium SuperSports 600cc

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 APR: Pelumba negara, Mohd Ramdan Mohd Rosli berjaya menamatkan perlumbaan kedua SuperSports 600cc di tempat ketiga pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar The Bend Motorsport Park, Australia, hari ini.

Penunggang Hong Leong Yamaha Malaysia  meraih podium pertamanya dalam saingan kelas berkenaan.

Selepas perlumbaan pertama dibatalkan semalam, perlumbaan kedua turut menyaksikan pelbagai drama apabila perlumbaan diberhentikan pada pusingan kelima setelah bendera merah dikibarkan disebabkan kemalangan menimpa Irfan Ardiansyah.

Sebaik perlumbaan disambung semula sebanyak lapan pusingan, rakan sepasukan Ramdan, Kasma Daniel Kasmayuddin berjaya memecut laju untuk memimpin perlumbaan sebelum sedikit terkeluar daripada litar menyebabkannya tercicir ke kedudukan keempat.

Yuki Ito yang berada di belakang menggunakan peluang untuk mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’42.605s diikuti Ratthapong Wilairot (Yamaha Thailand Racing Team) kedua dengan masa 15’44.207s.

Ramdan yang bermula dari kelompok pertengahan berjaya menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’49.587s.

“Saya gembira dengan kemenangan ini setelah melalui minggu agak sukar dengan jentera pada awalnya tidak berada dalam keadaan terbaik, dan setiap sesi juga sangat sukar.

“Terima kasih kepada pasukan yang telah membantu menyelesaikan masalah jentera dan dapat meraih podium,” katanya.

Anthony West yang tidak beraksi pada minggu ini kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 45 mata diikuti Ito kedua (42 mata) dan Azan Shah Kamaruzaman, ketiga (38 mata) setelah sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 10.

Sementara itu, trio UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team mempamer aksi bertenaga apabila menguasai ketiga kedudukan podium bagi kategori Uunderbone 150cc.

Md Haziq Md Fairues yang gagal menamatkan sebarang perlumbaan sepanjang tiga perlumbaan lalu, memenangi perlumbaan setelah menamatkan tujuh pusingan perlumbaan secara bersendirian dengan masa keseluruhan 16’07.730s diikuti pelumba wildcard, McKinley Kyle Paz dari Filipina kedua dengan masa masa 16’13.985s.

Juara bertahan, Md Akid Aziz menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (16’20.328s).

Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh kekal mendahuui senarai keseluruhan dengan 67 mata diikuti Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) di tangga kedua (56 mata) manakala Md Affendi Rosli (Team One For All) ketiga (44 mata).

Dalam saingan Asia Production 250cc, pentas podium dikuasai tiga pelumba Astra Honda Racing Team dengan juara dimiliki Rheza Danica Ahrens (15:01.965s), kedua, Mario Suryo Aji (15:05.125s) dan ketiga, Awhin Sanjaya (15:10.375s).

Rheza dan Mario turut mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 73 mata dan 66 mata manakala Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) di kedudukan ketiga (62 mata).

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2

SuperSports 600cc

1 Yuki ITO (JPN) Yamaha Racing Team Asean 15:42.605s

2 Ratthapong WILAIROT (THA) Yamaha Thailand Racing Team 15:44.207s

3 Md Ramdan ROSLI (MAS) Hong Leong Yamaha Malaysia 15:49.587s

4 Keisuke KURIHARA (JPN) A.P. Honda Racing Thailand 15:51.135s

5 Keminth KUBO (THA) Yamaha Racing Team Asean 15:51.670s

Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 45 mata

2 Yuki Ito (JPN)  Yamaha Racing Asean 42 mata

3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 38 mata

4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM  32 mata

5 Keminth Kubo (JPN) Yamaha Racing Asean 27 mata

AP250

1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 15:01.965s

2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 15:05.125s

3 Awhin SANJAYA (INA) Astra Honda Racing Team 15:10.375s

4 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 15:10.391s

5 Andy Muhammad FADLY (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 15:10.401s

Kedudukan Keseluruhan

1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 73 mata

2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 66 mata

3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 62 mata

4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 51 mata

5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 46 mata

UB150

1 Md Haziq Md FAIRUES (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:07.730s

2 McKinley Kyle PAZ (PHI) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:13.985s

3 Md Akid AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:20.328s

4 Syahrul AMIN (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 16:20.384s

5 Gupita KRESNA (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 16:20.394s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 67 mata

2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 56 mata

3 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 44 mata

4 Syahrul Amin  (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 41 mata

5 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 41 mata

Categories
SUKANKINI

ARRC: Uma Racing guna sistem wildcard, gilir pelumba

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 APR: Juara berpasukan Underbone 150cc, Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia Team menggunakan sistem penggiliran pelumba wildcard bagi mengharungi siri Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), minggu ini.

Ia membabitkan dua pelumba Malaysia, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairuez dalam melengkapkan pusingan kedua kejuaraan itu di Litar The Bend Motorsport Park, Australia.

Prinsipal pasukan, Yong Ying Hoe berkata, penggiliran pelumba dari Vietnam, Filipina dan Indonesia adalah sebagai inisiatif awal merealisasikan matlamat utama membentuk pasukan Asia berjaya pada tahun hadapan.

“Matlamat kami adalah mempromosikan kepelbagaian dalam perlumbaan di mana terdapat ramai pelumba muda di luar sana menantikan sumber dan peluang untuk membawa mereka ke peringkat serantau.

“Pada masa sama, kami berharap dapat membentuk sebuah pasukan terdiri dari pelumba muda berbakat dari Malaysia, Vietnam, Filipina dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, idea berkenaan masih di peringkat awal dan bagi tahun ini, pelumba wildcard itu juga sebenarnya dalam proses pemilihan untuk mengisi tempat di dalam pasukan pada masa akan datang.

Untuk tujuan itu, pelumba Filipina, McKinley Kyle Paz menjadi taruhan Uma Racing Yamaha Motor Asia Team di Australia, minggu ini selepas persembahan memberangsangkan sewaktu ujian pra-musim lalu.

Pada perlumbaan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, pasukan terbabit meletakkan pelumba Vietnam, Hyunh Minh Sang sebagai pelumba wildcard dan menamatkan saingan di tempat ke 10, namun mengalami masalah mekanikal jentera pada perlumbaan kedua.

Categories
NASIONAL

Misi Fitri baiki kelemahan di Buriram, Thailand

SHAH ALAM, 4 MEI : Mohd Fitri Ashraf Razali menganggap perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand merupakan antara perlumbaan penting bagi saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pada musim 2016.

Pelumba SuperSports 600cc Malaysia itu menganggap litar sepanjang 4.554 km itu merupakan litar yang sukar khususnya bagi pelumba-pelumba rookie selain turut memainkan peranan besar dalam pemburuan gelaran juara keseluruhan.

FITRI SuperSports“Litar Antarabangsa Chang akan mejadi hos ARRC sebanyak dua kali pada musim ini. Maka keperluan memungut mata yang banyak di sini menjadi sangat penting.

“Litar ini bukan mudah untuk dikuasai. Secara kasar, bentuknya kelihatan mudah namun ada dua bahagian boleh memberi masalah besar kepada pelumba,” katanya.

Pada masa sama pelumba berusia 22 tahun itu akui dirinya perlu mempamerkan lebih banyak peningkatan terutama setelah terpilih membawa cabaran bersama pasukan Team Yamaha Racing, pasukan berstatus ‘factory’ tunggal di padok ARRC itu.

FITRI BURIRAM“Selekoh 4 dan 12 sentiasa menjadi halangan kepada saya. Saya tidak mempunyai rekod baik di sini pada musim 2015.

“Saya perlu mencari penyelesaian dan melepasi halangan ini dengan memperbaiki kedudukan untuk terus kekal bersama pasukan ini,” jelasnya.

Fitri menamatkan musim pertama kelas SuperSports 600cc di tangga ke 32 pada 2014 dan memanjat naik ke tangga ke-25 pada tahun berikutnya.

Selepas dua perlumbaan pada pusingan pertama di Johor, Mac lepas, Fitri kini menghuni tangga ke-14.

-nR-

Categories
SELANGOR

Zaqhwan catat masa terpantas sesi ujian SuperSports 600cc ARRC

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 MAC: Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi mencatat masa terpantas kategori SuperSports 600cc dalam tiga hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor, semalam.

Catatan terbaik 1’31.112s dibuat anak kelahiran Selangor mewakili Musashi Boon Siew Honda itu pada hari terakhir memberi kelebihan kepadanya untuk mengatasi catatan terbaik seorang lagi pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman (BikeArt Kawasaki) dibuat sebelumnya.

ZAQHWANAzlan turun pada hari ketiga dengan catatan terbaik peribadi, 1’31.616s sambil diikuti rapat pencatat masa ketiga terpantas, Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) dengan 1’31.773s.

Juara SuperSport 600cc 2014, Zaqhwan gembira dengan masa dicatat dalam keseluruhan tiga hari sesi ujian yang memberikan cabaran dengan penggunaan tayar ‘slick’ sepenuhnya.

“Saya sukakan karakter tayar ini dan membantu meningkatkan lagi prestasi saya, namun dengan permukaan litar agak kasar di sini, pasukan kami banyak mencuba beberapa kombinasi untuk mendapatkan pelarasan dan strategi terbaik.

“Saya agak terkejut kerana berjaya mencatat masa terpantas memandangkan semua pelumba terus berusaha memperbaiki catatan mereka dalam setiap sesi seperti rakan sepasukan saya, Yuki Takahashi merakamkan 1’32.924s untuk catatan ketiga terbaik pada hari pertama,” katanya.

ARRC ZAQHWAN 1Dengan Yuki tidak beraksi pada hari kedua, ketiga dan semalam catatan itu hanya berada di kedudukan ke-14 dan Zaqhwan percaya suasana pada minggu perlumbaan sebenar pasti sangat sengit terutama dengan kehadiran ramai pelumba berpengalaman beraksi di pelbagai peringkat kejuaraan antarabangsa lain.

Sementara itu, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) menguasai sesis ujian kelas Asia Production 250cc dengan catatan masa 1’45.057s meninggalkan juara bertahan, Takehiro Yamamoto (1’45.402s) di tempat kedua dalam sesi ujian tiga hari itu.

Dalam saingan Underboon 130cc, duo RCB AGE Motobatt Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Izzat Zaidi mengetuai barisan pelumba lain dengan catatan terbaik 1’53.146s dan 1’53.343s sambil pelumba FELDA PB Racing, Md Shah Khairil Hisham (ketiga) dengan 1’54.744s.

Keputusan:

SuperSports 600cc:
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 1’31.112s
2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) 1’31.616s
3. Tomoyoshi Koyama (JPN), 1’31.773s
4. Decha Kraisart (THA) 1’31.779s
5. Ratthapong Wilairot (THA) 1’32.233s

Asia Production 250cc:
1. Apiwat Wongthananon (THA) 1’45.057s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) 1’45.402
3. Anupab Sarmoon (THA) 1’45.611s
4. Peerapong Loiboonpeng (THA) 1’45.620s
5. Somkiat Chantra (THA) 1’45.781s

Underbone 130cc:
1. Md Adib Rosley (MAS) 1’53.146s
2. Md Izzat Zaidi (MAS) 1’53.343s
3. Md Shah Khairil Hisham (MAS) 1’54.744s
4. Iqbal Amri Malik (MAS) 1’55.089s
5. Azroy Hakeem Anuar (MAS) 1’55.466s

Kalendar Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2016:
Pusingan Venue Tarikh
Pusingan 1 Litar Johor, MALAYSIA 1 & 2 April, 2016
Pusingan 2 Litar Antarabangsa Chang, THAILAND 7 & 8 May, 2016
Pusingan 3 Litar Suzuka, JEPUN 4 & 5 Jun, 2016
Pusingan 4 Litar Sentul INDONESIA 6 & 7 Ogos, 2016
Pusingan 5 Litar Buddh, INDIA 1 & 2 October, 2016
Pusingan 6 Litar Antarabangsa Chang, THAILAND 3 & 4 Disember, 2016

-nR-

Categories
SELANGOR

Pelumba kelahiran Klang ditangga teratas ujian masa ARRC

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 MAC: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman memberi amaran kepada mencabarnya dengan catatan masa terpantas Supersports dalam sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Pasir Gudang, Johor, semalam.

Anak kelahiran Klang, Selangor yang kembali menyertai perlumbaan itu mewakili pasukan BikeArt Kawasaki pada hari pertama sesi ujian itu dengan catatan terbaik 1’32.311s daripada tiga sesi latihan.

Beliau berjaya mengatasi rakan senegara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) (1’32.755s) dan ketiga, rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi dari Jepun (1’32.924s).

AZLAN“Pertama kali menggunakan jentera Kawasaki ketika sesi latihan bersama pasukan BikeArt Kawasaki beberapa minggu lalu dan hasilnya agak memuaskan.

“Keputusan dicatat semakin meningkatkan keyakinan saya terhadap jentera digunakan ketika ini,” kata juara SuperSports ARRC 2013 itu.

Mantan pelumba Moto2 negara itu bakal mengetuai cabaran Kawasaki di pentas ARRC dalam misi memburu gelaran keseluruhan yang kali terakhir dimenangi jenama itu pada 2011 melalui pelumba handalan Jepun, Katsuaki Fujiwara.

AZLAN KAWASAKI 1“Saingan ARRC semakin mencabar tahun demi tahun di mana ia menarik minat ramai pelumba kelas dunia dari Asia dan pada masa sama terus melahirkan ramai pelumba berbakat melalui siri kejuaraan itu.

“Saya meninggalkan siri ini dua tahun dan menjangkakan bukan tugas mudah untuk memenangi perlumbaan,” katanya.

Perlumbaan memburu kejuaraan menjanjikan saingan sengit antara pelumba saban musim dan misi sama digalas Zaqhwan, pelumba negara dari Kajang, Selangor yang muncul juara pada 2014 yang pasti dicabar rakan sepasukan, Yuki (juara 2015).

Azlan, Zaqhwan dan Yuki pernah beraksi di pentas Moto2 akan disertai pelumba lain dalam pusingan pembukaan ARRC musim ini yang akan berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang pada 31 Mac hingga 2 April ini.

Keputusan hari pertama ujian pra-musim ARRC:

SuperSports 600cc
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS), 1’32.311s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS), 1’32.755s
3. Yuki Takahashi (JPN), 1’32.924s
4. Ratthapong Wilairot (THA), 1’33.100
5. Decha Kraisart (THA), 1’33.308s