Categories
SELANGOR

Pemain Selangor perlu pulih sebelum berdepan PDRM

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 2 MAC: Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan berharap pemainnya akan segera pulih dan cergas bagi menghadapi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan Piala FA di Stadium Kubu, Melaka, 4 Mac ini.

Katanya, beliau mempunyai tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan ekoran jadual padat dan segala kekurangan termasuk kecederaan pemain akan diberi perhatian supaya dapat diatasi ketika perlawanan.

coach zainal -web3“Selepas perlawanan ini (menentang Sarawak) saya akan memeriksa keadaan setiap pemain kerana dalam masa singkat kita akan ada satu lagi perlawanan selepas ini (Piala FA).

“Saya harap pemain pulih cepat kerana ingin menurunkan pasukan yang cergas sepenuhnya,” katanya kepada media selepas perlawanan menetang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan Liga Super itu, Selangor berjaya mengalahkan Sarawak 4 – 2 hasil jaringan R Gopinathan (m25), Patrick Ronaldinho Wleh (m28 dan m56) serta Azril Nasrulhaq (m67).

Zainal berkata, biarpun pegawai perubatan menyatakan tidak berlaku kecederaan serius dalam pasukan, tetapi beliau akan meneliti keadaan setiap pemain termasuk penjaga gol, Norazlan Razali yang tercedera dalam perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Andik Vermanshah mungkin perlu terus direhatkan ekoran kecederaan kaki dialami.

Mengulas kemenangan The Red Giants malam tadi selepas ketinggalan, Zainal menjelaskan masih tidak berpuas hati kerana pemain mengulangi kesilapan sama ketika menentang Pahang hingga memberi ruang pasukan lawan mendapat gol awal.

web s2“Saya tidak mahu ia menjadi tabiat kepada pemain, maka saya perlu meneliti dan memperbaikinya supaya Selangor dapat membolosi gol daripada awal permainan.

“Perkara ini (memberi ruang lawan mendapat gol) tidak sepatutnya berlaku kerana jika gagal membalas dengan gol maka padah akan menimpa pasukan,” katanya.

Sementara itu, pengendali skuad Bujang Senang, Datuk K Rajagopal berkata, kecederaan ketua pasukan, Ronny Harun pada minit ke 21 hingga memaksa dia dikeluarkan mengubah rentak permainan pasukan berkenaan.

“Kita bermula dengan baik hingga berjaya mendapatkan gol dan disusuli beberapa peluang tetapi selepas Ronny Harun cedera, perancangan kita terjejas sedikit hingga dibolosi dua gol dengan cepat.

“Kita dapat peluang tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.