Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Zainal Abidin terbuka terima keputusan FAS

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 OGOS: Zainal Abidin Hassan menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menamatkan kontraknya sebagai Ketua Jurulatih Selangor dengan hati terbuka.

Baginya, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan, namun beranggapan masanya belum tiba bagi meraih kejayaan diimpikan.

“Mungkin pencapaian tidak begitu baik ketika ini, maka saya menerima dengan hati terbuka keputusan FAS.

“Namun, saya tetap bangga kerana digugurkan ketika pasukan masih dalam situasi mampu mengejar kejuaraan,” katanya.

Penamatan kontrak Zainal berlaku selepas Menteri Besar merangkap Presiden FAS, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan Pengurus pasukan, Amirudin Shari dan Penolong pengurus, Hisham Ghouth, melakukan rombakan terhadap pengurusan FAS juga pasukan Selangor.

Ia susulan prestasi hambar Selangor yang mengalami kekalahan berterusan dengan terbaru kepada Kedah (0-1), Sabtu lalu, dalam saingan Liga Super.

Zainal AbidinBeliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan FAS dan semua pihak juga penyokong yang memberi kerjasama sepanjang perkhidmatannya bersama Selangor dalam Liga Malaysia.

Katanya, antara punca beliau gagal menyempurnakan misi adalah masalah kecederaan beberapa pemain utama tetapi tetap berusaha memenuhi keinginan The Red Giants yang tinggi.

“Saya tidak akan berputus asa kerana ini adalah cabaran untuk saya terus berusaha meningkatkan ilmu kejurulatihan.

“Kepada pasukan dan pemain, teruskan usaha dengan kerja keras, berikan kerjasama kepada jurulatih.

“Selamat berjaya kepada pengganti saya (K Gunalan),” katanya yang berjaya membimbing Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014.

Mantan pemain kebangsaan itu berkata, di sebalik pelbagai kejayaan diraih ketika bergelar pemain bersama Selangor, mungkin masa belum memihak kepadanya untuk mengulangi keadaan sama selaku jurulatih.

-AA-

Categories
SELANGOR

Isu letak jawatan: Zainal nafi laporan media, dakwa berita palsu

OLEH HAFIZAN TAIB

ALOR SETAR, 7 OGOS: Zainal Abidin Hassan menafikan membuat kenyataan beliau tawar hati dengan prestasi pemain Selangor dan pernah meluahkan hasrat melepaskan jawatan sebagai Ketua jurulatih.

“Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa baik pemberita dan juga pegawai mana pun (dalam Persatuan Bolasepak Selangor) tentang kenyataan itu.

“Saya tidak tahu daripada mana beliau mendapat berita itu dan ia adalah palsu serta fitnah,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan Liga Super itu, Kedah mengalahkan Selangor 1 – 0.

Ia kekalahan ketiga The Red Giants dalam liga ekoran sebelum ini dihampakan Felda United (2 – 1), 26 Julai dan T-Team (1 – 0), 3 Ogos lalu.

Kekalahan itu menyebabkan kwdudukan Selangor tergugat di tempat ketiga kerana hanya satu mata membezakan kedua-duanya.

THE RED GIANTSBiarpun keadaan itu memberi tekanan kepada dirinya namun Zainal menjelaskan terus menjalankan tanggungjawab selagi kepercayaan diberikan kepadanya.

“Selagi usaha saya diperlukan dan pemain hormati saya juga bersetuju bekerja lebih keras, saya akan teruskan,” katanya.

Sebelum ini, laporan berita bertajuk “Zainal Sudah Tawar Hati” tersiar dalam salah sebuah akhbar harian antara lain menyatakan mantan pemain kebangsaan itu kecewa dengan aksi turun naik anak buahnya dan berhasrat melepaskan jawatan tetapi dihalang.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Zainal hampa Selangor gagal kutip mata

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA TERENGGANU, 4 OGOS: Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan tanpa berselindung mengakui kecewa dengan kekalahan 1-0 kepada T-Team, semalam dalam saingan Liga Super.

Katanya, walaupun berhadapan sedikit tekanan, pemainnya sudah berusaha sebaik mungkin untuk kembali bangkit ke prestasi sebenar.

“Malang buat kita selepas tiga perlawanan kerana gagal mengutip mata berturut-turut.

“Tetapi nampak pemain kembali mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua, namun kita tidak dapat menyempurnakan peluang mengubah keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tamat perlawanan semalam.

Sebelum ini, Selangor tewas dengan jaringan 1-0 kepada KL Felda United dalam saingan Liga Super dan Pahang dalam aksi TM Piala Malaysia.

ZAINAL ABIDINMenurut Zainal, ketiadaan Andik Vermansyah dan Ahmad Hazwan Bakri sangat dirasakan jentera serangan The Red Giants selain penurunan prestasi Patrick Ronaldinho Wleh yang tidak berjaya mencipta peluang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau memuji aksi dipamerkan Ketua Pasukan, Mohd Razman Roslan dan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid di bahagian pertahanan apabila berjaya menghalang gerakan T-Team daripada menambah jaringan.

Sementara itu, bagi Jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan, kejayaan mengatasi Selangor memberi suntikan motivasi buat anak buahnya untuk keluar daripada kelompok empat pasukan terbawah liga.

“Pemain bangkit untuk keluar daripada kedudukan empat terbawah seperti yang berlaku pada pusingan pertama.

“Motivasi yang sangat baik termasuk daripada pihak pengurusan ditambah dengan aksi dipamerkan malam ini (semalam) membuatkan saya lega,” katanya.

Katanya, disiplin dipamerkan pemain The Titans menjadi kunci kejayaan utama mengatasi Selangor di laman sendiri.

Dengan keputusan semalam, Selangor kekal di tangga ketiga dengan 26 mata sementara T-Team melonjak ke tangga keenam dengan 19 mata.

Kedudukan Selangor dilihat tidak selamat memandangkan Kedah dan Perak mula mengekori rapat dengan perbezaan enam mata.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tewas di tempat sendiri, Zainal Abidin akui kecewa

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kehilangan dua tonggak utama, Andik Vermansyah dan R Gopinathan sangat dirasakan ekoran mereka adalah perancang penting dalam menjana serangan Selangor.

Jurulatih The Red Giants, Zainal Abidin Hassan mengakui Selangor tidak berjaya memanfaatkan peluang terhidang walaupun berjaya merencana serangan ke kubu KL Felda United.

“Saya tidak menafikan ketiadaan Gopi dan Andik kita kehilangan rentak, malahan saya tidak tahu bagaimana bentuk peluang yang mereka (pemain) mahukan.

Zainal Abidin“Saya akui tidak gembira kita kehilangan mata hari ini (semalam). Satu kesilapan kita dihukum dan banyak perubahan perlu dilakukan,” katanya.

Zainal berkata, kecederaan pemaim di saat mengharungi jadual padat kempen Liga Super dan TM Piala Malaysia nyata merencatkan rentak persembahan Selangor.

“Dalam perlawanan Piala Malaysia, saya harap pemain akan bangkit seperti aksi sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Samah, berkata kejayaan menewaskan Selangor sebagai detik manis, apatah lagi mereka kini bersaing rapat dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Bagi saya, ia kemenangan manis kerana pasukan tunggal yang boleh mengejar kami di atas adalah Selangor.

“Saya beranggapan kemenangan tadi (semalam) adalah titik perubahan mencipta kejayaan,” katanya.

Irfan berkata, pasukannya tidak boleh leka dalam mengutip mata memandangkan semua pasukan masih perlu mengharungi baki tujuh perlawanan di dalam jadual padat hingga kempen Liga Super 2016 berakhir.

Beliau turut memuji aksi barisan pemainnya yang berjaya mendominasi permainan selain merantai gerakan pemain Selangor daripada mencipta peluang menjaringkan gol.

-AA-

Categories
SELANGOR

Menang tipis, Selangor perlu segera bentuk konsentrasi mantap

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 JUL: Kemenangan tipis dan Selangor perlu segera membentuk persefahaman mantap bagi menghadapi cabaran getir dalam usaha mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, berkata mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan persembahan pasukan biarpun berpuashati dengan kejayaan menundukkan Kuala Lumpur 1 – 0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

ZAINAL ABIDIN“Kita nampak ada beberapa kelebihan diperoleh dan cara pemain menguasai permainan tetapi beberapa peluang keemasan terhidang masih lagi kita persia-siakan.

“Selepas berehat panjang, saya rasa pasukan mula menunjukkan peningkatan dan boleh ditingkatkan lagi,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Selangor mengalahkan Kuala Lumpur hasil jaringan pemain gantian, Adam Nor Azlin pada minit ke 88 menggantikan Andik Vermandshah.

Zainal nyata berpuashati dengan persembahan Adam yang sentiasa menunjukkan persembahan baik setiap kali diturunkan.

“Adam mendapat peluang dan menjaringkan gol, memang dia seorang pemain yang bekerja keras dan memberikan persembahan sepenuhnya di mana sahaja dia diletakkan.

“Mengenai persembahan Ugo Ukah, dia menunjukkan persembahan baik dan perlu lebih mengenali pemain lain dalam pasukan,” katanya.

CP2A0607-800x533Bagaimanapun, beliau nyata gembira dengan kejayaan memungut tiga mata di halaman sendiri dicapai Selangor dan tumpuan kini terarah perlawanan Liga Super dengan The Red Giants melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Sabtu ini.

“Dengan jadual padat, pemain perlu menunjukkan lebih konsentrasi dan fokus untuk perlawanan liga supaya tidak kehilangan mata,” katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria, berpuashati dengan persembahan pemainnya yang berjaya mengekang kemaraan Selangor di sepanjang perlawanan itu selepas berehat panjang ekoran sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

“Pemain Kuala Lumpur sudah berusaha melakukan segalanya namun pergelutan di depan gol digunakan sepenuhnya Selangor dengan memperoleh gol dan nasib menyebelahi mereka.

“Kesungguhan ditunjukkan pemain memberi harapan kepada Kuala lumpur untuk perlawanan seterusnya kerana yang penting bagi saya perlawanan Liga Perdana menentang Melaka United, Sabtu ini,” katanya.

Beliau berkata, skuad bimbingannya juga dalam usaha membentuk keserasian dengan kemasukan dua tenaga import baru dari Chile, Jonathan Zorrilla Viviana dan Diego Inostroza Mellao.

-nR-

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Red Giants sasar tiga mata lawan KL malam ini

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 JULAI: The Red Giants menaruh harapan tinggi memulakan kempen Piala Malaysia dengan tiga mata penuh ketika menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini.

Walaupun berdepan pasukan Liga Perdana namun Selangor tidak memandang rendah cabaran The Hawks yang mampu menghadirkan kejutan buat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu.

Selaku penyandang juara, Zainal tentu merangka strategi mantap bagi mencapai sasaran bagi memudahkan laluan Selangor ke pusingan seterusnya dalam usaha mengekalkan gelaran berprestij itu.

Zainal Abidin“Harapan kita sangat tinggi dalam menghadapi perlawanan ini dan tidak memandang mudah cabaran Kuala Lumpur. Matlamat kita untuk menang dan memungut tiga mata,” katanya.

Berhubung perlawanan malam ini, Zainal berkata, The Red Giants akan turun tanpa kelibat ketua pasukan, Mohd Shahrom Kalam dan pemain tengah, Saiful Ridzuwan Selamat akibat kecederaan.

“Hanya Shahrom dan Saiful tidak dapat diturunkan tetapi pemain lain tidak cedera, malahan Azrif Nasrulhaq juga masih dalam skuad ini,” katanya menyentuh kedudukan pemain itu yang dikaitkan penghijrahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mantan pemain kebangsaan itu juga menjelaskan setakat ini Selangor hanya menandatangani seorang pemain import baru dari Nigeria, Ugo Ukah, 32, menggantikan Robert Cornthwaite.

Selangor menerusi laman sosial Facebooknya, FA Selangor, menjelaskan sudah menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain kelahiran Itali itu daripada Persatuan Bolasepak Greece.

Kini hanya menunggu kelulusan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) bagi membolehkannya diturunkan menentang Kuala Lumpur, malam ini.

Dalam pusingan awal ini, The Red Giants berada dalam kumpulan B bersama Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur dengan dua pasukan teratas layak ke peringkat suku akhir.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hilang dua mata berharga – Zainal Abidin

SHAH ALAM, 6 APR : Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui satu kerugian besar apabila skuad bimbingannya itu sekadar seri 2-2 dengan kepada Kedah pada perlawanan keenam Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Katanya, kurang mencipta peluang dan ruang kepada lawan mencipta jaringan menerusi sepakan pelati pada babak kedua adalah satu kesilapan buat The Red Giants.

coach zainal -web3“Kehilangan dua mata cukup berharga selepas kita berjaya bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan baik. Cuma momentum itu sedikit hilang pada separuh masa kedua.

“Kita berjaya bertahan dan tidak membenarkan Kedah mendapat peluang mudah pada babak kedua. Satu kesilapan memberi sepakan penalti dan kurang mencipta peluang pada babak kedua,” kata Zainal selepas perlawanan.

Selangor ketinggalan menerusi jarangan awal Syazwan Zainon pada minit ke 7 sebelum bangkit membalas dua gol menerusi R Gopinathan pada minit ke-30 dan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-31.

SELANGOR KEDAHBagaimanapun, kesilapan pertahanan kiri, Raimi Md Nor menjatuhkan Calos Eduardo memberi kelebihan kepada pasukan Hijau Kuning menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65

Selangor kekal di tangga ketiga liga dengan 11 mata di belakang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (16 mata) dan Felda United (15 mata).

Selangor dijadualkan bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Jumaat ini.

-nR-

#Liga Super 2016 : Zainal kesal 3 kekalahan berturut-turut | TER(3) vs SEL(1)

Coach Zainal Abidin Hassan dakwa hilang fokus dan kecuaian punca kekalahan Selangor. Ini merupakan kekalahan pertama pasukan dalam LIga Super 2016

Zainal : Gilir pemain, perubahan drastik sebab keletihan

Piala AFC : Tindakan Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan membuat perubahan drastik dengan pertukaran pemain pada pertemuan dengan Tampines Rovers bukan sengaja. Pemain keletihan setelah mengharungi 7 perlawanan (Liga Super,Piala FA, Piala AFC) dalam tempoh 19 hari.

Piala AFC : Selangor Tewas 0-1

Gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, Selangor tewas ditangan Tampines Rover 0-1 dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8 Mac 2016.

Categories
SELANGOR

The Red Giants perlu terus bangkit mencabar

Oleh: HAFIZAN TAIB

MELAKA, 5 MAC: Selangor diharap menjadikan kekalahan di tangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Piala FA malam tadi sebagai pengajaran untuk bangkit mencipta kejayaan selepas ini.

Dengan saingan seterusnya berhadapan kelab Singapura, Tampines dalam Piala AFC 8 Mac ini, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berharap pemain akan melupakan kekecewaan dan memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan berkenaan.

IMG_20160304_234349“Kita menguasai permainan cuma peluang tidak digunakan dengan baik.

“Saya harap pemain bangkit daripada kekalahan malam ini (tadi). Memang kecewa (dengan kekalahan dialami),” katanya kepada media di sini, malam tadi.

PDRM mengalahkan Selangor 2-1 dalam pusingan ketiga Piala Fa di Stadium Hang Jebat di sini untuk melangkah ke suku akhir.

Gol The Cops dijaringkan Ahmad Nizam Rodzi (m38) dan Safuwan Baharudin (m58) manakala gol tunggal The Red Giants dihasilkan Patrick Ronaldinho Wleh (m86).

Zainal berkata, Selangor terpaksa menerima kekalahan kerana biarpun menguasai permainan, tetapi gol dicari gagal dicipta untuk memenangi perlawanan.

IMG_20160304_234651“Kita melepaskan banyak peluang, walaupun menguasai permainan lebih kurang 70 peratus, tetapi dalam bola sepak ini yang kita akan alami apabila tidak menjaringkan gol.

“Kelalaian kita memberikan dua gol kepada pasukan lawan kerana mereka tidak banyak membuat serangan tetapi mengambil peluang dengan baik,” katanya yang berharap pemain The Red Giants mendapat pengajaran daripada kekalahan itu.

Dalam saingan Liga Super sebelum ini, Selangor sering ketinggalan dengan pihak lawan menjaringkan gol awal tetapi bangkit untuk memenangi perlawanan seperti mana dilakukan ketika menentang Pahang (3-1) dan Sarawak (4-2).

Bagaimanapun dalam Piala FA menentang PDRM kali ini, Selangor gagal mengulanginya.

IMG_20160304_234329Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, skuad Merah Kuning melepaskan peluang memenangi perlawanan kerana berdasarkan undian mereka berupaya melakukannya.

Antara punca kekalahan itu, katanya, pemain gagal menyesuaikan diri pada awal permainan dan gagal membuat ‘comeback’ apabila ketinggalan kepada pihak lawan.

“Tiada pasukan yang gembira dengan kekalahan, kita sudah terlepas satu piala dan walapaun kita tidak sasarkan tetapi berdasarkan undian dibuat kita dilihat berpeluang.

“Bagaimanapun ada hikmah yang harus diterima dengan pemain mendapat sedikit rehat untuk meneruskan cabaran dalam Liga Super, Piala AFC dan seterusnya Piala Malaysia,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kombinasi Ronaldinho dan Olivi makin serasi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 2 MAC: Gandingan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi yang semakin menjadi dalam pasukan Selangor menggembirakan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Persefahaman kedua penyerang itu menerajui bahagian serangan terserlah ketika menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, malam tadi dengan kemenangan 4-2 untuk The Red Giants.

ZAINAL ABIDIN“Mereka berdua nampak sedikit demi sedikit berjaya membentuk kombinasi baik dalam menjalankan tugas.

“Serangan pasukan Selangor juga kini nampak begitu tersusun,” katanya kepada media selepas perlawanan berkenaan.

Walaupun Selangor tidak menurunkan beberapa pemain termasuk Andik Vermanshah yang cedera, namun Ronaldinho dan Olivi berjaya menbentuk gandingan mantap dengan mengatur serangan berkesan menggugat kubu lawan.

Beberapa percubaan digerakkan ternyata memberi masalah kepada skuad kendalian Datuk K Rajagopal dan Ronaldinho sendiri menyumbang dua gol dalam perlawanan itu.

Zainal turut berpuas hati dengan persembahan S Veenod yang ditugaskan mengambil alih posisi Andik di barisan hadapan.

web veenod“Veenod diberi tugas untuk menggantikan tempat Andik dan dia menunjukkan permainan baik sekali,” katanya.

Pemain nombor 23 itu berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan dan sering disorak penyokong setiap kali bola di kakinya.

“Terima kasih kepada penyokong kerana kita berjaya dapat tiga mata dan soal posisi permainan saya hanya mengikut arahan jurulatih.

“Terpulang kepada jurulatih, ” katanya.

-AA-