Categories
SELANGOR

Rakyat sambut baik program ‘Selangor Food Stamp’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 MAC : Inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Selangor Food Stamp’ untuk membantu rakyat termiskin di Selangor diterima baik banyak pihak.

Kakitangan awam, Norah Mansor, berkata langkah itu mampu membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

DSC_7051Katanya, ia turut mengambil kira bebanan dan tekanan ekonomi di bawah kegagalan pentadbiran Putrajaya.

“Memandangkan taraf dan kos kehidupan semakin meningkat, setidaknya bantuan makanan percuma ini dapat menampung perbelanjaan harian seisi rumah setiap bulan.

“Tentunya dengan bantuan ini rakyat yang terkesan dengan GST juga dapat dikurangkan kerana sejak pelaksanaan cukai ini, harga barangan di pasaran melambung tinggi dan menambah beban rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

DSC_7055Pekerja swasta, Hamzah Harip pula menyifatkan program itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan masyarakat termiskin juga berhak menikmati kehidupan lebih baik.

“Komitmen dan galakan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu golongan rakyat termiskin tidak pernah terhenti.

“Banyak progam kebajikan dilaksanakan bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dan sentiasa dibantu,” katanya.

Sementara itu, Norhaisyam Ahmad Zaiton pula menyarankan supaya skim itu menetapkan paras gaji minima tertentu bagi kelayakan golongan penerima bantuan terbabit.

DSC_7050“Keberkesanan program ini sebaiknya diperluaskan lagi melalui peruntukan lebih besar dan tidak terhad kepada sebulan sekali.

“Mungkin juga ia boleh dipertingkat secara menyeluruh kepada rakyat berpendapatan RM2,000 ke bawah pula selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi pelaksanaan program itu dengan menyasarkan 5000 keluarga bakal menikmati manfaat.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.