Categories
NASIONAL

Rasuah Najib, hakis kredibiliti negara di peringkat antarabangsa

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 MAC : Skandal dan penyelewengan kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meruntuhkan kredibiliti negara di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Awnar berkata, krisis tersebut sekaligus membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah kolar putih di peringkat luar yang akhirnya mencemarkan intergriti negara.

Najib-WSJ-1MDB“Isu terkait ini bukan hanya tentang membuka pekung di dada negara sendiri kepada mata dunia.

“Sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu kaitan rasuah merentasi sempadan dan berusaha memulihkan imej dan kredibiliti negara di mata dunia,” tulisnya dalam laman blog nurulizzah.com.

Beliau berkata, kegagalan Kerajaan Persekutuan membersihkan kembali imej tersebut bakal mengundang risiko ekonomi lebih besar dan terpaksa ditanggung rakyat.

Kebimbangan itu katanya turut dizahirkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zety Aziz yang menjelaskan pertikaian membabitkan 1MDB dapat diselesaikan sekiranya isu derma RM2.6 bilion diperjelaskan Perdana Menteri.

“Banyak persoalan timbul tanpa jawapan tuntas dan ramai terlibat merentasi sempadan antarabangsa. Bahkan, banyak risiko terpaksa ditanggung ekonomi Malaysia dan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, skandal kewangan Najib didedahkan media antarabangsa, Wall Street Journal yang mengaitkan sejumlah wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun Najib menafikan sekeras-kerasnya dana tersebut diterima daripada syarikat beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.