Categories
SELANGOR

Selangor Food Stamp, kupon makanan percuma buat rakyat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 MAC : Sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ‘Selangor Food Stamp’ yang mefokuskan kepada usaha membantu rakyat termiskin di seluruh negeri.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lebih 5,000 keluarga termiskin dianggarkan layak menerima bantuan makanan percuma itu.

Daroyah“Ia sedang dalam proses untuk kita lancarkan dan sekarang mengambil masa sedikit untuk kita mengemaskini segala perancangan serta pelaksanaan selanjutnya.

“Dalam tempoh ini, kita minta setiap DUN senaraikan keluarga termiskin di kawasan masing-masing sebelum layak menerima sumbangan itu setiap bulan,” katanya ketika dihubungi.

Ini merupakan program terbaru di bawah Dasar Smart Selangor yang peduli hal kebajikan rakyat.

Daroyah berkata, peserta yang berkelayakan akan diberi kupon makanan setiap bulan untuk ditebus di pusat khidmat atau pasaraya terpilih dalam program itu nanti.

“Melalui kupon itu, mereka boleh menuntut makanan jenis kering dan kita akan putuskan nanti sama ada di pusat khidmat atau kedai-kedai runcit yang kita jadikan ‘rakan’ dalam program ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.