Categories
SELANGOR

Selangor lulus RM6.68 juta tingkat infrastruktur sukan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 MAC: Sehingga kini, Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan RM6.68 juta untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata peruntukan tahunan projek itu sebelum ini ditingkatkan kepada RM12 juta dalam Belanjawan Selangor 2016.

DNS 2016“Di samping itu, Kerajaan Negeri juga meningkatkan peruntukan daripada RM20,000 kepada RM40,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

“Peruntukan itu terpakai untuk baik pulih semua kemudahan sukan termasuklah gelanggang futsal,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng berhubung peruntukan untuk menaik taraf gelanggang futsal.

Amiruddin berkata, pada 2015, sejumlah RM570,869 dibelanjakan untuk membaikpulih sebanyak 23 gelanggang futsal.

“Kerja baikpulih itu dilaksanakan menerusi 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) iaitu PDT Klang dan Petaling,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.