Categories
NASIONAL

Tangkap wartawan tamparan hebat kebebasan media

SHAH ALAM 13 MAC: Pentadbiran Putrajaya digesa menghentikan serangan terhadap media yang menyebabkan imej negara rosak di mata dunia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata media bebas merupakan asas penting buat demokrasi yang perlu dipertahankan.

tangkap mediaKatanya beliau terkejut mengenai penangkapan tiga anggota program Four Corners dari ABC Australia di Kuching kerana “cuba bertanya Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengenai kes skandal rasuah,” seperti dijelaskan penerbit program itu.

“Saya mengecam penangkapan ini, yang jelas merupakan satu usaha untuk menakut-nakutkan petugas media,” kata Fahmi dalam kenyataan media.

Beliau berkata, ia merupakan serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Walaupun ketiga-tiga kru ABC tersebut dibebaskan, mengikut laporan media mereka mungkin boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Dari segi prinsip, mereka tidak patut ditahan hanya kerana mereka ingin menanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Sebarang usaha untuk mendakwa anggota media kerana melaksanakan tugas mereka patut dikecam,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.