Categories
SELANGOR

Turun padang bersama banteras denggi

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) turun padang melihat sendiri dan membersihkan Taman Pendamar Indah, Pandamaran susulan reaksi penduduk dengan peningkatan kes demam denggi di kawasan terbabit.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi bagaimanapun menyangkal dakwaan penduduk yang menyatakan tiada tindakan pembersihan dijalankan pihak berkuasa tempatan itu sejak tiga tahun lalu.

AEDES 1Katanya, MPK sentiasa melakukan pembersihan sampah pukal dan sampah biasa di kawasan perumahan berkenaan mengikut jadual ditetapkan.

“Hampir 3,000 kediaman di kawasan taman perumahan ini merekodkan sebanyak 18 kes denggi untuk Januari dan Februari lalu.

“MPK sentiasa memantau dan memeriksa semua tapak yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan namuk aedes,” katanya dalam kenyataan.

Pada 8 Mac lalu, lebih 50 penduduk Taman Pendamar Indah berhimpun secara aman bagi menyuarakan rasa kesal dan kecewa sehingga kawasan itumenjadi lokasi wabak denggi.

Mengulas lanjut, Adi Faizal berkata, longgokan sampah sarap di kawasan perumahan itu sebenarnya bukan dilakukan penduduk tetapi angkara pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah.

“Sampah haram dari luar itu seterusnya mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes.

“Diseru penduduk supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan turun ­membersihkan kawasan mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.