Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Demi Malaysia lebih baik cabaran besar digalas

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MAC: Memang tiada apa yang mudah tentang perjuangan tetapi itu hakikat ‘terpaksa’ dihadapi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tatkala mengambil keputusan melangkah ke dalam gelanggang politik beberapa tahun lalu.

Cabaran dihadapi bukan sekadar cabaran biasa-biasa, malah melibatkan cubaan mengaibkan maruah dan keluarganya ekoran kedudukan sebagai anak sulong kepada pemimpin unggul, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul-Izzah“Setiap ahli politik ada cabarannya tersendiri dan saya tidak terkecuali. Halangan saya adalah mencuba mengadaptasi keadaan pada masa itu ayah terpenjara.

“Maka tanggungjawab saya memastikan kempen politik beliau termasuk aktivis NGO dan masyarakat madani ditekan kerana menyuarakan hak sivil masing-masing,” kata Nurul Izzah.

Beliau berkat demikian kepada SelangorKini selepas menghadiri Program Akademi Politik di Hotel Carlton di sini, semalam.

Selain berdepan cabaran serangan musuh politik, agak kerap meninggalkan anak-anak turut menjadi cabaran berat bagi Nurul Izzah.

“Maka tentunya saya mahukan suasana mereka dapat capai potensi sebaik mungkin sedangkan keadaan semua undang-undang semua dikawal oleh pimpinan elit Umno. Apa saya harapkan dapat memastikan masa depan mereka terjaga dan terjamin.

“Tentu kita berusaha dan selebihnya kita bertawakal pada Allah tetapi dalam negara demokratik sepatutnya undang-undang adil untuk semua, diberikan keupayaan seseorang tak kira dalam golongan Umno atau pun tidak.

“Ini cabaran utama apabila saya terpaksa meninggalkan mereka untuk melawan bagi memberi mereka kehidupan lebih baik,” kata Nurul Izzah.

Bagaimanapun jelas Nurul Izzah, sokongan dan dokongan diberikan ahli keluarga, rakan politik dan anggota masyarakat sekeliling menyebabkan beliau semakin tabah berhadapan dengan cabaran politik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.