Categories
NASIONAL

Wujudkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing

KUALA LUMPUR 8 MAC: Kerajaan Persekutuan digesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing bagi mengkaji semula dasar pengambilan pekerja supaya negara tidak kekal menjadi lambakan pekerja asing.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata dasar pembangunan ekonomi harus dikaji semula agar tidak lagi melampau berorientasikan buruh tidak mahir.

Wan AzizahKatanya ia bagi memastikan penumpuan diberikan kepada pekerja tempatan berkemahiran tinggi.

“Kerajaan Persekutuan juga mesti menjelaskan kesan sosial dan ekonomi kepada rakyat dengan kemasukan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh.

“Ia memandangkan lebih dua juta pekerja asing tanpa permit dalam negara; dan apakah status sebenarnya perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Bangladesh?,” kata Dr Wan Azizah sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata segala nasihat, teguran dan pandangan konstruktif daripada rakyat, masyarakat madani dan pembangkang perlu diberikan perhatian Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi sebaliknya bila menteri bercakap rakyat kena telan bulat-bulat. Ini bukan demokrasi tapi autokrasi sehala namanya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.