Categories
SELANGOR

Zaqhwan catat masa terpantas sesi ujian SuperSports 600cc ARRC

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 MAC: Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi mencatat masa terpantas kategori SuperSports 600cc dalam tiga hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor, semalam.

Catatan terbaik 1’31.112s dibuat anak kelahiran Selangor mewakili Musashi Boon Siew Honda itu pada hari terakhir memberi kelebihan kepadanya untuk mengatasi catatan terbaik seorang lagi pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman (BikeArt Kawasaki) dibuat sebelumnya.

ZAQHWANAzlan turun pada hari ketiga dengan catatan terbaik peribadi, 1’31.616s sambil diikuti rapat pencatat masa ketiga terpantas, Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) dengan 1’31.773s.

Juara SuperSport 600cc 2014, Zaqhwan gembira dengan masa dicatat dalam keseluruhan tiga hari sesi ujian yang memberikan cabaran dengan penggunaan tayar ‘slick’ sepenuhnya.

“Saya sukakan karakter tayar ini dan membantu meningkatkan lagi prestasi saya, namun dengan permukaan litar agak kasar di sini, pasukan kami banyak mencuba beberapa kombinasi untuk mendapatkan pelarasan dan strategi terbaik.

“Saya agak terkejut kerana berjaya mencatat masa terpantas memandangkan semua pelumba terus berusaha memperbaiki catatan mereka dalam setiap sesi seperti rakan sepasukan saya, Yuki Takahashi merakamkan 1’32.924s untuk catatan ketiga terbaik pada hari pertama,” katanya.

ARRC ZAQHWAN 1Dengan Yuki tidak beraksi pada hari kedua, ketiga dan semalam catatan itu hanya berada di kedudukan ke-14 dan Zaqhwan percaya suasana pada minggu perlumbaan sebenar pasti sangat sengit terutama dengan kehadiran ramai pelumba berpengalaman beraksi di pelbagai peringkat kejuaraan antarabangsa lain.

Sementara itu, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) menguasai sesis ujian kelas Asia Production 250cc dengan catatan masa 1’45.057s meninggalkan juara bertahan, Takehiro Yamamoto (1’45.402s) di tempat kedua dalam sesi ujian tiga hari itu.

Dalam saingan Underboon 130cc, duo RCB AGE Motobatt Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Izzat Zaidi mengetuai barisan pelumba lain dengan catatan terbaik 1’53.146s dan 1’53.343s sambil pelumba FELDA PB Racing, Md Shah Khairil Hisham (ketiga) dengan 1’54.744s.

Keputusan:

SuperSports 600cc:
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 1’31.112s
2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) 1’31.616s
3. Tomoyoshi Koyama (JPN), 1’31.773s
4. Decha Kraisart (THA) 1’31.779s
5. Ratthapong Wilairot (THA) 1’32.233s

Asia Production 250cc:
1. Apiwat Wongthananon (THA) 1’45.057s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) 1’45.402
3. Anupab Sarmoon (THA) 1’45.611s
4. Peerapong Loiboonpeng (THA) 1’45.620s
5. Somkiat Chantra (THA) 1’45.781s

Underbone 130cc:
1. Md Adib Rosley (MAS) 1’53.146s
2. Md Izzat Zaidi (MAS) 1’53.343s
3. Md Shah Khairil Hisham (MAS) 1’54.744s
4. Iqbal Amri Malik (MAS) 1’55.089s
5. Azroy Hakeem Anuar (MAS) 1’55.466s

Kalendar Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2016:
Pusingan Venue Tarikh
Pusingan 1 Litar Johor, MALAYSIA 1 & 2 April, 2016
Pusingan 2 Litar Antarabangsa Chang, THAILAND 7 & 8 May, 2016
Pusingan 3 Litar Suzuka, JEPUN 4 & 5 Jun, 2016
Pusingan 4 Litar Sentul INDONESIA 6 & 7 Ogos, 2016
Pusingan 5 Litar Buddh, INDIA 1 & 2 October, 2016
Pusingan 6 Litar Antarabangsa Chang, THAILAND 3 & 4 Disember, 2016

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.